Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Adlin Sarankan ‘Influencer’ Yang Diangkat Menjadi Artis Supaya Tidak Berlagak ‘Diva’

Pelakon dan pengarah filem, Adlin Aman Ramlie, 51, menyarankan pempengaruh (influencer) yang Diangkat Menjadi Artis supaya tidak bersikap ‘diva’. 

Menurut Adlin dalam satu hantaran di TikToknya, dia memberi peringatan kepada kehadiran pempengaruh yang baharu perlulah mempunyai sikap yang bagus dan menghormati artis lama. 

“Saya hanya memberi nasihat kepada ‘influencer’ dan bagi saya, Mereka tidak datang daripada ‘production’, malah berada dalam dunia mereka sendiri dan tidak perlu bekerja dalam satu kumpulan besar.

“Apabila mereka berkecimpung dalam bidang perfileman atau drama, mereka tidak biasa dengan suasana bekerjasama dengan orang ramai termasuk pelakon lama, pengarah, penerbit dan kru produksi.

“Jika mereka masuk dalam industri ini tanpa mengetahui budaya dan sensitiviti bidang ini, mereka boleh dianggap sebagai seorang yang tiada adab,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Tayangan Eksklusif Merewang Keluarga Pak Awang semalam. 

Walau bagaimanapun, Adlin juga berkata, dia sememangnya menyambut baik kehadiran orang baru dalam industri, namun mereka tidak perlu bersikap angkuh meskipun dikenali sebagai pempengaruh dan mempunyai ratusan pengikut. 

“Sehebat mana mereka sebagai ‘influencer’ sekalipun, apabila masuk sahaja dalam industri, adab itu adalah elemen penting sebagai artis.

“Tidak tercalar sedikit pun populariti jika ‘influencer’ ini bersikap baik kepada artis lama seperti memperkenalkan diri atau bersalaman dahulu.” katanya.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Emelda Rosmila turut berkata, kehadiran pempengaruh dalam industri seni tidak boleh dihalang disebabkan mereka mempunyai kelebihan untuk menonjolkan diri. 

“Selain mempunyai kelebihan platform, mereka juga mempunyai kelebihan populariti, malah ada sesetengahnya yang lebih dikenali berbanding artis lama, tetapi bukan bermakna mereka boleh bersikap sombong kepada ‘senior’.

“Ini kerana bukan populariti yang kami mahukan, tetapi kemahiran lakonan itu yang penting,” katanya. 

Sumber : Harian Metro

The post Adlin Sarankan ‘Influencer’ Yang Diangkat Menjadi Artis Supaya Tidak Berlagak ‘Diva’ first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Adlin Sarankan ‘Influencer’ Yang Diangkat Menjadi Artis Supaya Tidak Berlagak ‘Diva’

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×