Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Suami Isteri Peniaga Roti Nan Disimbah Asid, Kedai Makan Juga Pernah Dibakar Angkara Dengki

SEPASANG suami isteri cedera akibat disimbah sejenis cecair didakwa asid ketika berada di dalam lif Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini, semalam.

Kejadian itu dikongsikan menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook Khairy Adli, hari ini.

Menurut Khairy, mangsa yang juga pemilik restoran terkenal di Selayang melecur teruk di bahagian Mata Dan Badan akibat perbuatan tersebut.

Difahamkan, seminggu sebelum kejadian, kedai makan mereka hangus terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat akibat tidak puas hati pihak lain.

“Keluarga sahabat saya. Tragedi simbah asid di Pangsapuri Laksamana Jaya, peniaga suami isteri kena serang didakwa kerana dengki.

“Seminggu sebelum kejadian, kedai mangsa dibakar habis (hangus) 100 peratus. Kemudian semalam (Rabu) mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur,” katanya dalam hantaran tersebut.

Khairy mendakwa, meskipun ini bukan kali pertama keluarga terbabit ditimpa musibah, namun baginya perbuatan menyimbah asid itu dsifatkan agak keterlaluan.

“Bukan sekali dua benda macam ini terjadi kepada mangsa, tapi mereka bangun dan masih (teruskan) berniaga, tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid.

“Harap polis cepat buat kerja. Selayang adalah kawasan panas untuk (melakukan) jenayah,” katanya.

Sumber gambar -Sengat Daily| Sumber laporan – Kosmo! Online

The post Suami Isteri Peniaga Roti Nan Disimbah Asid, Kedai Makan Juga Pernah Dibakar Angkara Dengki first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Suami Isteri Peniaga Roti Nan Disimbah Asid, Kedai Makan Juga Pernah Dibakar Angkara Dengki

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×