Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jenazah Tujuh Beranak Mangsa Kepala Air Selamat Dikebumikan

Suasana pilu menyelubungi pengebumian Jenazah Tujuh Beranak yang ditemukan mati lemas di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu.

Kesemua tujuh jenazah selamat dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, pada kira-pukul 11.50 malam.

Mereka adalah Azizah Eiyi, 40, Karim Abdullah, 39, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

Dianggarkan lebih 200 ahli keluarga, saudara, rakan serta penduduk Felda Lepar Hilir 3 hadir ke majlis pengebumian terbabit.

Terdahulu, mayat kelapan yang dikenal pasti sebagai Putri Alleya Maisarah, 16, ditemui kira-kira jam 3 petang di kawasan beting jeram terbabit.

Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24. 

Sumber : Kosmo

The post Jenazah Tujuh Beranak Mangsa Kepala Air Selamat Dikebumikan first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Jenazah Tujuh Beranak Mangsa Kepala Air Selamat Dikebumikan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×