Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Demi Cinta, Gadis Malaysia Sanggup Terbang Ke Bangladesh Kahwini Kekasihnya

SEORANG gadis dari Malaysia Sanggup Terbang ke Bangladesh untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari Noakhali pada 24 Jun lalu, lapor laman berita Tribune Desk.

Gadis tersebut, Smriti Ayesha Ramasamy, 22, berkahwin dengan Farhad Hossain, 26, seorang penduduk di kawasan Hajipur, bandar Chowmuhani.

Menurut sumber keluarga, Farhad datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan lima tahun lalu dan bekerja di sebuah syarikat.

Dia kemudian bertemu dengan Smriti dan tidak lama kemudian, perkenalan mereka berubah menjadi cinta. 

Selepas kontraknya di syarikat tersebut tamat tahun ini, Farhad kembali ke Bangladesh, namun dia terus berhubung dengan Smriti sebelum pasangan itu memutuskan untuk berkahwin.

Smriti kemudian terbang ke Bangladesh dan tiba di Noakhali pada 24 Jun lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka.

Pada 25 Jun lalu, Farhad dan Smriti berkahwin di mahkamah dengan pasangan itu kini menetap di sana. 

Sumber gambar – Bangla Tribune | Sumber laporan – Kosmo! Online

The post Demi Cinta, Gadis Malaysia Sanggup Terbang Ke Bangladesh Kahwini Kekasihnya first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Demi Cinta, Gadis Malaysia Sanggup Terbang Ke Bangladesh Kahwini Kekasihnya

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×