Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Gol Safawi Tercalon Anugerah Puskas

Selepas mendapat perhatian media antarabangsa, kini giliran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tampil memberi pengiktirafan kepada jaringan bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid ketika meledak gol ketiga semasa menewaskan Kepulauan Solomon, 14 Jun lalu.

Badan pentadbir bola sepak antarabangsa tersebut melabelkan gol berkenaan sebagai menarik dan sudah pun diletakkan dalam senarai berpotensi untuk merebut Anugerah Puskas.

“Kemahiran yang luar biasa daripada pemain Malaysia, Safawi Rasid,” menurut ciapan FIFA menerusi akaun Twitter yang turut disertakan dengan video jaringan dihasilkan Safawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ketika jaringan itu terhasil, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu dilihat tenang mengawal hantaran Lee Tuck sebelum melepasi kawalan pertahanan lawan dan melepaskan rembatan deras yang gagal dihalang penjaga gol Kepulauan Solomon, Phillip Mango.

Dalam ciapan berasingan, FIFA turut menyelitkan beberapa lagi jaringan menarik daripada pemain Botafogo, Guilherme Madruga, Alvaro Barreal (Cincinnati FC), Lucas Zelarayan (Columbus Crew) dan seorang pemain wanita Amerika Syarikat, Sophia Smith.

Malaysia pernah mencipta sejarah hebat dalam arena bola sepak di Asia apabila Mohd Faiz Subri dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas pada 2016.

Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti ‘melanggar hukum fizik’ sekaligus meletakkan nama Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama dunia seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Sumber : Kosmo

The post Gol Safawi Tercalon Anugerah Puskas first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Gol Safawi Tercalon Anugerah Puskas

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×