Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bunuh Teman Wanita Guna Batang Penyapu, Pembantu Kedai Berdepan Tali Gantung

Seorang Pembantu Kedai Berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di Ipoh, hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya, minggu lalu.

Tertuduh, Saini Irwandy Sofian Sani, 23, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Jesseca Daimis, namun bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Shahwani Abdullah, 24, di Persiaran Rapat Baru 20, Taman Song Choon antara pukul 5 petang Sabtu hingga 4.54 pagi, Ahad lalu.

Pertuduhan terhadap Saini Irwandy dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N.M. Moganaraj Mithra manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia, patologi dan bedah siasat serta lantikan peguam.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di atas katil di tingkat atas sebuah rumah kedai di Taman Song Choon, Ahad lalu.

Dalam kejadian yang dilaporkan kepada polis pada pukul 4.34 pagi itu, seorang lelaki yang merupakan teman lelaki mangsa ditahan bersama tiga yang lain termasuk ibu suspek bagi membantu siasatan.

Berdasarkan siasatan awal, suspek yang tinggal bersama mangsa dan bayi lelaki berusia lapan bulan, mengaku memukul wanita tersebut menggunakan batang penyapu. 

Sumber : Kosmo

The post Bunuh Teman Wanita Guna Batang Penyapu, Pembantu Kedai Berdepan Tali Gantung first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Bunuh Teman Wanita Guna Batang Penyapu, Pembantu Kedai Berdepan Tali Gantung

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×