Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hina Sultan Johor, Pengendali Facebook JDT Fans Club Ditahan Polis

Seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook Jdt Fans Club ditahan susulan tindakannya memuat naik hantaran dan berkongsi kenyataan berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Alor Setar, Kedah.

“Susulan penangkapan itu, kita juga merampas satu telefon bimbit dan satu kad sim yang disyaki digunakan untuk memuat naik hantaran terbabit.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan juga Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial sehingga boleh mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa dan raja serta menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” tegasnya. 

Sumber : Kosmo

The post Hina Sultan Johor, Pengendali Facebook JDT Fans Club Ditahan Polis first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Hina Sultan Johor, Pengendali Facebook JDT Fans Club Ditahan Polis

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×