Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rohana Jalil Disahkan Meninggal Dunia

[DIKEMASKINI] Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Difahamkan, Rohana, 68, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.30 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perkara itu turut disahkan oleh pengurus peribadi Rohana yang dikenali sebagai Suzie kepada Sinar Harian.

“Kak Ana dah pergi tadi 11.33,” katanya.

Ujarnya, Rohana atau nama sebenar, Dara Abd Jalil dirawat di hospital sama akibat kebocoran usus.

Menurut Suzie, suami Allahyarham memberitahu jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya.

Media sebelum ini melaporkan, Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 28 Mac lalu, sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU).

Anak bongsu penyanyi itu, Syakila Nisa Jahangir Khan atau dikenali sebagai Kilafairy berkata, ibunya masih kritikal, namun, keadaannya lebih baik berbanding sebelum ini.

Sumber gambar – Harian Metro | Sumber laporan – Sinar Harian

The post Rohana Jalil Disahkan Meninggal Dunia first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Rohana Jalil Disahkan Meninggal Dunia

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×