Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tukang Urut Didakwa Melakukan Amang Seksual Terhadap Seorang Wanita Di Taman Angsana

Seorang tukang urut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Pilah, hari ini atas tuduhan melakukan Amang Seksual Terhadap seorang wanita berusia 21 tahun pada 30 Mei lalu.

Tertuduh, Nor Muhamad Ahmad, 57, dari Kuala Klawang bagaimanapun tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 10.30 malam bertempat di ruang tamu sebuah rumah di Taman Angsana, didapati Melakukan Amang Seksual terhadap wanita itu.

Justeru, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta yang sama.

Tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum tidak lebih 30 tahun selain sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 17 Julai ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan kesalahan itu adalah kesalahan tidak boleh jamin.

Mahkamah kemudian memutuskan tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh.

Sumber : Harian Metro

The post Tukang Urut Didakwa Melakukan Amang Seksual Terhadap Seorang Wanita Di Taman Angsana first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Tukang Urut Didakwa Melakukan Amang Seksual Terhadap Seorang Wanita Di Taman Angsana

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×