Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Syamsul Yusof Akhirnya Setuju Cerai Puteri Sarah, Tiada Lagi Ruang Damai Dalam Perkahwinan

PENGARAH filem Syamsul Yusof, 39, dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana, 38, sah bercerai talak satu pada jam 12.25 tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof melafazkan cerai talak satu kepada Puteri Sarah di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Terdahulu, Syamsul menggambarkan ada berita baik bakal berlaku hari ini sekali gus membawa kepada penyelesaian kemelut rumah tangganya bersama Puteri Sarah.

Syamsul ketika ditemui berkata, dia dan isteri, Puteri Sarah juga sudah berbincang secara baik untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga mereka sejak minggu lalu.

Sementara itu, Puteri Sarah turut menharapkan penyelesaian secara baik.

Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka kerana wujudnya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Puteri Sarah berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya sudah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai dengan Syamsul.

Pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan susah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadapnya pada tarikh itu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber gambar – Portal Berita RTM | Sumber laporan – Harian Metro

The post Syamsul Yusof Akhirnya Setuju Cerai Puteri Sarah, Tiada Lagi Ruang Damai Dalam Perkahwinan first appeared on Medialah Malaysia.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Syamsul Yusof Akhirnya Setuju Cerai Puteri Sarah, Tiada Lagi Ruang Damai Dalam Perkahwinan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×