Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Belasah Teman Wanita Ditahan

Bekas pemain Bola Sepak Kebangsaan ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya dalam kejadian di sebuah hotel di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan jam 6 petang.

“Dalam perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa.

“Suspek juga merosakkan telefon bimbit mangsa.

“Hasil maklumat dan risikan dijalankan berjaya menahan suspek dalam satu serbuan di sebuah hotel di sekitar Petaling Jaya untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.

Menurut sumber, pemain terbabit yang masih aktif beraksi bersama sebuah pasukan terkemuka itu dikatakan sering melakukan perbuatan terbabit sehingga menyebabkan kekasihnya yang juga seorang doktor bertindak mendedahkan perkara itu kepada umum.

Perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta.

Mengulas lanjut Fakhrudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 / 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 037966222,” katanya.

Sumber : Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Belasah Teman Wanita Ditahan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×