Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Dr Md Nasir Kena Pecat

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, 64, dipecat sebelum kontrak perkhidmatannya tamat secara rasmi kira-kira lima bulan lagi.

Perkara itu dikongsikan Md Nasir kepada media malam tadi dan beliau akan mengadakan sidang akhbar berhubung pemecatannya jam 12 tengah hari, hari ini, lapor Harian Metro.

“Untuk makluman, semalam (31 Mei 2023) saya telah menerima surat pemendekan kontrak saya sebagai CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Finas dan ia berkuatkuasa mulai 1 Jun (hari ini). Surat itu tidak menyatakan alasan pemecatan.

“Sehubungan itu, sebuah sidang akhbar akan diadakan oleh saya,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Terdahulu, Md Nasir dilantik sebaga Ketua Pegawai Eksekutif Finas pada 31 Oktober 2021 bagi tempoh dua tahun yang berkuat kuasa mulai 1 November, tahun itu sehingga 30 Oktober 2023.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyandang jawatan berkenaan selepas kontraknya berakhir pada 15 Oktober 2021.

Sumber : Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Dr Md Nasir Kena Pecat

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×