Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jenayah Pecah Tingkap Kereta, Curi Beg Tangan Kembali Lagi

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian pecah Kereta di Seksyen U10, dekat sini pada Rabu tampil bantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tular satu kejadian apabila cermin penumpang hadapan sebuah kereta jenis Proton Saga dipecahkan jam 5.10 petang.

Beliau berkata, dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta di Jalan Lumut Q U10/Q Alam Budiman, Seksyen U10 itu, sebuah Beg Tangan milik mangsa dilarikan oleh individu yang tidak dikenali menggunakan sebuah motosikal.

“Pihak polis telah menerima aduan pada Khamis menyatakan suspek bertindak menghampiri kenderaan mangsa dan disyaki mengeluarkan sesuatu, kemudian diletakkan pada Cermin Kereta tersebut.

“Sebaik sahaja cermin kereta berkenaan dipecahkan, suspek mengambil beg tangan yang terletak di bahagian kerusi penumpang hadapan dan beredar dari kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kata beliau, selain kehilangan beg tangan, mangsa juga kerugian wang tunai RM50 dan beberapa dokumen penting.

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Anis Shafinas Said di talian 017-2944535.

Sumber gambar & laporan – Sinar Harian



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Jenayah Pecah Tingkap Kereta, Curi Beg Tangan Kembali Lagi

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×