Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kylian Mbappe Dipilih Sebagai Pemain Terbaik Ligue 1 Buat Kali Ke-Empat

Kylian Mbappe Dipilih Sebagai pemain terbaik Ligue 1 musim ini Buat Kali Keempat berturut-turut selepas membantu Paris Saint-Germain (PSG) mencatatkan rekod memenangi kejuaraan Perancis ke-11.

Bintang Perancis itu menjaringkan 28 gol dalam liga musim ini dan berada di landasan untuk menamatkan sebagai penjaring terbanyak untuk musim kelima berturut-turut.

“Ia satu yang menggembirakan. Saya sentiasa mahu menang untuk menulis nama saya dalam sejarah liga. Tetapi walaupun dengan semua cita-cita yang saya ada saya tidak menjangka dapat meraihnya secepat itu,” kata Mbappe.

Mbappe menjaringkan 40 gol musim ini menolak tawaran Real Madrid pada penghujung musim lalu dan memperbaharui kontrak tiga tahun untuk kekal bersama PSG.

Foto : Football London

Menurut laporan, kontrak pemain berusia 24 tahun itu akan tamat tahun depan melainkan dia menggunakan pilihan untuk kekal sehingga 2025.

Ditanya mengenai masa depannya pada majlis anugerah itu, Mbappe menjawab: “Saya akan berada di sini lagi musim depan.”

Dia adalah pemenang empat kali anugerah berkenaan yang kali pertama dianjurkan pada 1994, mengatasi Zlatan Ibrahimovic yang memenangi anugerah itu sebanyak tiga kali bersama PSG.

Franck Haise dari Lens dinamakan sebagai jurulatih terbaik musim ini selepas membawa kelab itu menduduki tempat kedua dan kembali ke saingan Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas dua dekad.

Penjaga gol Lens Brice Samba turut menerima penghormatan manakala bek kiri Paris Saint-Germain, Nuno Mendes dianugerahkan pemain muda terbaik.

Dia adalah salah seorang daripada empat pemain PSG bersama Mbappe, Lionel Messi dan Achraf Hakimi.

Sumber : Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Kylian Mbappe Dipilih Sebagai Pemain Terbaik Ligue 1 Buat Kali Ke-Empat

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×