Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

40 Ahli Judi Dalam Talian Diberkas, Sarang Perjudian Digempur

Polis gempur sarang perjudian dalam talian dan menahan 40 individu disyaki terbabit dengan sindiket Berkenaan menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

“Tangkapan terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita tempatan serta 15 lelaki dan enam wanita warga China.

“Sindiket ini didapati menyediakan platform perjudian dalam talian yang mensasarkan warga Taiwan.

“Pelanggan yang berminat untuk bertaruh dikehendaki membuat pemindahan wang ke Akaun Keldai dipercayai berada di negara China,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pelanggan akan diberikan ‘point’ untuk digunakan untuk membuat taruhan menerusi platform berkenaan selepas pembayaran dibuat kepada akaun keldai berkenaan.

Katanya, sindiket berkenaan didapati turut menjalankan perkhidmatan pengurupan dengan menukar matawang kripto Tether Token (USDT) dan menghantar semula matawang berkenaan ke China.

Noorsiah berkata, pasukan serbuan merampas antaranya telefon bimbit 88 unit, wang tunai RM29,587, Dollar Amerika AS$5,000, seketul jongkong berwarna keemasan, masing-masing tiga kereta, jam tangan dan beg tangan serta set komputer pelbagai jenama.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 58 tahun direman enam hari bermula 20 Mei hingga 25 Mei.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Sumber : Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

40 Ahli Judi Dalam Talian Diberkas, Sarang Perjudian Digempur

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×