Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lelaki Ditemui Maut, Ditembak Empat Kali Di Kepala

Lelaki warga tempatan ditemukan maut dengan Empat Kesan Tembakan di kepala berdekatan Balai Polis Sungai Jarom, dekat Kuala Langat, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata bahawa dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa yang berusia 39 tahun ditemui anggota sukarelawan polis yang sedang bertugas di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, anggota sukarelawan itu mendengar beberapa letupan kuat dan terus menuju ke kawasan kejadian sebelum menemui mangsa terbaring di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat empat kesan tembakan di kepala.

“Petugas Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang yang hadir mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, Unit Forensik Kontinjen Selangor yang hadir ke lokasi menemui lima kelongsong peluru.

Katanya, siasatan polis turut mendapati mangsa mempunyai 13 rekod lampau pelbagai kesalahan.

“Polis sedang giat mengesan suspek dan menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di 03-31872222,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Lelaki Ditemui Maut, Ditembak Empat Kali Di Kepala

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×