Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

EMI Music Malaysia Dilancarkan Semula

Syarikat rakaman Emi Music Malaysia (EMI) dilancarkan semula sebagai satu entiti tunggal dalam misi mengembalikan semula kegemilangannya dengan pendekatan lebih segar.

Ketua EMI yang baru, Adib Hamdi, 30, berkata, dia teruja ditawarkan peluang itu daripada Universal Music Malaysia. 

Dia yang memulakan tugasnya sejak November Tahun Lalu sudah tujuh tahun terbabit dalam industri hiburan tampatan. Antaranya bersama World Peace Entertainment dan XO House. 

“Rugi kalau saya tak menceburi dalam bidang korporat. Saya percaya dengan EMI, corak fikiran tempatan yang bagus, bajet lebih, saya boleh. Saya ada berborak mengenai ini dengan rakan industri seperti Ezra Kong dan Mike Chan.

“Kalau nak platform, sayalah yang kena usaha. Saya yang kena layakkan diri berbekalkan kemampuan saya ada,” katanya pada Harian Metro di sidang media pelancaran semula EMI di sebuah hotel terkemuka, di Kuala Lumpur, hari ini.

Adib berkata, dia memilih akan mengemudi operasi EMI dengan mengikut trend pasaran serta jualan muzik, promosi artis, selain corak kandungan media diterbitkan.

“Saya kena buktikan kepada diri sendiri bahawa saya boleh galas tugas ini. Selagi saya ikhlas membimbing keseluruhan pasukan, semuanya pasti baik-baik saja. Kedengaran mudah tapi sangat-sangat sukar. 

“Kami kena adaptasi banyak perkara kerana kehadiran TikTok besar pengaruhnya terhadap keseluruhan pasaran (muzik). Saya betul-betul fikir siapa yang patut dan layak jadi muka depan untuk EMI Baharu ini,” katanya.

Adib turut berkongsi strateginya iaitu membina nama daripada platform yang paling kukuh.

“Dulunya YouTube tapi mutakhir ini, kita harus akui TikTok adalah yang terkuat. Melihat ke hadapan, kami akan terus bekerja rapat dengan rakan kerjasama, manfaatkan apa yang kami ada menerusi platform mereka,” katanya.

Berhubung pemilihan artis naungan EMI, Adib mahu lebih terbuka namun mengakui paling selesa mengetengahkan bakat baharu sebagai pertaruhan penting.

“Saya suka melentur artis-artis baharu kerana energi mereka berbeza. Pada masa sama, saya sentiasa terbuka kerana saya berasakan menyertai label gah ini, keterbukaan itu perlu.

“Semakin banyak lagu baharu akan dilancarkan pada masa hadapan. Walaupun bermula pada November (tahun lalu) dan sekarang sudah Mei, kami sudah lancarkan dua lagu sebelum Aidilfitri lalu,” katanya.

Pada sidang media itu, dua artis baharu EMI turut diperkenal iaitu Irfan Haris dan Ezra Kairo. 

Ditubuhkan pada 1966, EMI pernah menaungi artis-artis legenda antaranya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Haji Arshad dan Datuk Sharifah Aini.

Selain itu, Ella, KRU, Rahmat, Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Cromok, Loong Piao Piao, Zhang Zhe, Farra, Krisya, Korie, Mac Ruhayu, and Nurrade. 

EMI Malaysia menghentikan operasi sebagai syarikat tunggal pada September 2008. Pada 2014, EMI kembali dijenamakan dan menyertai Universal Music Group.

Sumber : Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

EMI Music Malaysia Dilancarkan Semula

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×