Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengasuh Ditahan Kerana Disyaki Mendera Bayi Tujuh Bulan

POLIS menahan seorang wanita dipercayai pengasuh selepas Disyaki Mendera Bayi lelaki berusia tujuh bulan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner MS Balveer Singh berkata bahawa wanita tempatan berusia 34 tahun itu ditahan semalam di rumahnya di Taman Universiti, Skudai di Johor Bahru.

“Susulan satu laporan polis yang dibuat ibu bayi berkenaan, kita menahan suspek yang dipercayai pengasuh kepada Mangsa.

“Siasatan awal suspek nafi mendera mangsa. Suspek ditahan untuk siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Suspek pernah dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membabitkan penderaan seorang kanak-kanak lain pada 2021 dan kes itu masih dalam proses perbicaraan di mahkamah,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa pada jam 3.40 pagi semalam yang memaklumkan anaknya didera.

Katanya, kelmarin, ibu mangsa bersama suami membawa bayi itu ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk mendapatkan rawatan pada jam 10.15 pagi.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati terdapat beberapa kesan lebam di tubuh mangsa. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan ditahan di hospital untuk pemerhatian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber : Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Pengasuh Ditahan Kerana Disyaki Mendera Bayi Tujuh Bulan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×