Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lif PPR Kempas Mengalami Masalah Vandalisme

KEROSAKAN yang kerap berlaku pada dua daripada tuga lif di Blok G, Seri Bakawali Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas disebabkan Masalah teknikal dan juga aktiviti vandalisme.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, selepas pemeriksaan, dua lif yang berfungsi itu mengalami kegagalan sistem yang mungkin disebabkan oleh kegiatan vandalisme.

Katanya lif perlu digunakan secara berhemah dan tertib.

“Kebiasaannya cara penggunaan lif salah boleh menyebabkan ‘system error’, contohnya sikap menekan semua butang lif biarpun tidak ke aras yang hendak dituju.

“Lif yang dipasang pengendali lif Otis ini adalah antara yang terbaik dan berkualiti, malah semua lif ini juga masih mempunyai jaminan pihak pengurusan lif.

“Pihak pengurusan lif juga telah meletakkan numbor telefon untuk aduan sekiranya terperangkap atau lif rosak untuk tindakan awal. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu,” katanya ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Jafni berkata lif ketiga yang sememangnya tidak berfungsi dijangka mula beroperasi pada awal bulan depan.

Katanya ketika ini dua lif berfungsi dengan baik selepas diselenggara oleh pihak pengurusan sebaik aduan diterima.

“Ada tiga unit lif semuanya di blok G, masalah kerosakan lif satu unit lagi akan diselesaikan dalam minggu ketiga selepas alat ganti yang ditempah sampai,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan kesukaran lebih 1,500 penghuni dari 300 unit Ppr Kempas yang setinggi 17 tingkat apabila kerap berdepan masalah lif rosak.

Sumber : Berita Harian



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Lif PPR Kempas Mengalami Masalah Vandalisme

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×