Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sekumpulan Gajah Lapar Masuk Kawasan Perumahan

KIRA-kira 500 keluarga di Taman Sri Lambak di sini gusar dengan kehadiran sekumpulan Gajah di kawasan perumahan itu sejak setahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, kumpulan gajah yang dipercayai kelaparan itu bertindak menceroboh kawasan rumah termasuk memusnahkan harta benda selain tanaman diusahakan penduduk.

Seorang penduduk, N Muniammah, 62, ketika ditemui berkata, mengalami kerugian selepas cermin tingkap dan pintu pagar besi kediamannya dirosakkan seekor ibu gajah, dua malam berturut-turut.

“Dua gajah dipercayai ibu dan anaknya masuk ke kawasan parkir rumah sekitar jam 5 pagi pagi pada 27 dan 28 April lalu.

“Pada kejadian pertama, saya bersendirian tidur di rumah manakala suami bekerja sebagai pengawal keselamatan di Johor Bahru.

“Saya memang tak sedar kejadian gajah merobohkan pagar kerana kebetulan demam dan selesema.

“Saya diberitahu kejadian ini oleh jiran melalui panggilan telefon dan sebaik sedar saya terkejut, tergamam dan menggigil kerana melihat gajah di depan mata.

“Anjing peliharaan saya sampai ketakutan hingga terkencing dan terberak kerana melihat haiwan liar menceroboh rumah kami,” katanya ketika ditemui.

Katanya, keesokannya gajah yang sama kembali dan kali ini bertindak memecahkan sekeping cermin tingkap menggunakan belalainya.

“Mujur ketika kejadian suami ada dan kami memang diam dan berlari ke bahagian dapur melihat gajah sudah memecahkan cermin selain turut cuba merosakkan pagar utama.

“Sepanjang dua malam, dua gajah ini menceroboh enam rumah termasuk rumah saya,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Saedin Sadoon, 49, berkata, kesal dengan sikap pihak berkuasa yang tidak mengotakan janji untuk memindahkan gajah berkenaan ke kawasan lain.

“Anak lelaki saya berusia 18 tahun koma hampir sebulan akibat terlanggar gajah di jalan gelap ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumah dari Taman Seri Impian pada Ogos tahun lalu.

“Selepas kejadian itu, ada wakil pihak berkuasa berjanji mahu memindahkan gajah yang sudah berkeliaran di daerah ini ke kawasan lebih selamat.

“Tetapi sampai ke hari ini tiada tindakan dan saya berharap isu ini tidak melarat hingga membabitkan kehilangan nyawa orang ramai pula,” katanya.

Dalam pada itu, tular rakaman kamera litar tertutup dan beberapa klip video dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengenai kehadiran gajah di taman berkenaan dan mendapat perhatian masyarakat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya sudah melaksanakan operasi menjejaki dan menangkap kumpulan gajah berkenaan sejak semalam.

Beliau berkata, menjangkakan operasi itu akan memakan masa selama dua minggu.

“Gajah ini tak boleh tangkap sembarangan kerana apabila ditembak ubat pelali gajah akan memberi reaksi termasuk mengamuk.

“Sebab itu, kita perlu pastikan kawasan untuk menangkap gajah itu sesuai dan selamat serta jauh dari kawasan penduduk,” katanya.

Sumber : Berita Harian | Gambar : FMT



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Sekumpulan Gajah Lapar Masuk Kawasan Perumahan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×