Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kipas Angin & Penghawa Dingin ‘Laku Keras’, Peniaga Tidak Menang Tangan Layan Pelanggan

PENGHAWA Dingin dan kipas angin menjadi item terlaris di kedai menjual perkakas elektrik susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Cuaca yang mencecah sehingga 34 darjah Celcius di daerah ini secara tidak langsung memberi rezeki buat peniaga apabila jualan dua barangan elektrik berkenaan meningkat sekali ganda sejak awal Ramadan lalu.

Penolong pengurus sebuah kedai peralatan elektrik di bandar Kota Bharu, Khairul Nizam Hamzah, 30, berkata, peningkatan terhadap Penghawa Dingin dan kipas di kedainya meningkat lebih 80 peratus sejak awal April lalu.

“Kebanyakan pelanggan yang datang ke kedai mengakui terpaksa membeli peralatan kipas angin atau Penghawa dingin kerana tidak tahan dengan cuaca yang amat panas.

“Bagaimanapun yang paling mendapat permintaan adalah penghawa dingin sehingga pekerja tidak menang tangan untuk pemasangan ke rumah dan pelanggan memilih untuk memasangnya sendiri kerana tidak mahu menunggu dalam tempoh lama dalam keadaan cuaca sekarang,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, di sini, hari ini.

Sementara itu, jurujual, Muhammad Firdaus Mansor, 26, berkata, sebelum ini kebanyakan pelanggan datang ke kedai bertanyakan harga dan pulang mungkin harganya mahal, lapor Harian Metro.

“Bagaimanapun, sejak sebulan lalu, mereka yang datang terus membeli peralatan elektrik terutamanya penghawa dingin disebabkan tidak tahan dengan cuaca panas yang melanda pada ketika ini.

“Sebelum ini, hendak menjual lima unit penghawa dingin pun agak sukar, namun kini sekurang-kurangnya 20 unit mampu terjual dalam sehari dan kipas pula dapat dijual di antara 20 hingga 30 unit sehari.

“Bagaimanapun, bagi yang kurang berkemampuan, mereka memilih kipas angin bagi menghilangkan bahang,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca panas berlaku di rantau negara terutamanya di Semenanjung Malaysia dan menunjukkan peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius iaitu pada Tahap Satu (Berjaga-jaga). ⁣

Keadaan cuaca panas berkenaan dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang iaitu sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.

Sementara itu, pelanggan, Yah Yahya, 60, berkata, dia membeli penghawa dingin untuk dipasang di ruang tamu memandangkan kipas yang ada tidak dapat menyejukkan ruang rumahnya.

“Saya tidak mempunyai pilihan selain membeli penghawa dingin untuk menyejukkan badan dan tidak kisah bil elektrik naik asalkan kami sekeluarga selesa selain dapat mengelakkan kejadian tidak diingini seperti strok haba,” katanya.

Sumber gambar – SirapLimau | Sumber laporan – Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Kipas Angin & Penghawa Dingin ‘Laku Keras’, Peniaga Tidak Menang Tangan Layan Pelanggan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×