Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Malaysia lonjak 15 anak tangga Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia melonjak 15 anak tangga dalam Indeks Prestasi Logistik (LPI) Bank Dunia 2023 untuk berada dikedudukan ke-26, menjadi negara kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, ia merupakan lonjakan ketara dari kedudukan ke-41 pada 2018 dan ke-32 pada 2016, dan kedudukan terbaik yang dicapai Malaysia ialah di tangga ke-25 dalam laporan Lpi Bank Dunia 2014.

Laporan LPI edisi ketujuh ‘Connecting to Compete’ dikeluarkan selepas tiga tahun gangguan rantaian bekalan semasa pandemik Covid-19 dan ia merangkumi pandangan terkini mengenai prestasi logistik perdagangan di 139 negara.

Abdul Latif berkata, laporan LPI adalah penanda aras untuk membantu negara mengenal pasti apa yang boleh dilakukan untuk penambahbaikan dalam logistik perdagangan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing. – Bernama



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Malaysia lonjak 15 anak tangga Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×