Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Puas Makan Juadah Aidilfitri, Kedai Mamak Mula Dipenuhi Pelanggan

PENIAGA restoran nasi kandar di daerah ini tidak menang tangan apabila premis mereka diserbu pelanggan berikutan kebanyakan Kedai makan terutama milik orang Melayu dan masakan tomyam masih belum beroperasi kerana cuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan Sinar Harian di sebuah restoran nasi kandar di Seremban Gateway mendapati, orang ramai sanggup beratur sehingga ke luar permis untuk menunggu giliran.

Rata-rata pelanggan memberitahu mereka sudah mula muak makan juadah Aidilfitri seperti rendang, lemang dan ketupat.

Seorang pelanggan, Nadzatul Nadia Abdul Rashid, 32 berkata, selepas beberapa hari menjamu rendang dan lemang, tekaknya kini mahu mencari makanan lain pula.

“Hari ini (Selasa) saya mula bekerja, jadi tiba masanya nak cari makanan lain pula. Rasanya dah puas makan menu hari raya.

“Tapi banyak kedai makan Melayu masih ditutup. Jadinya, saya dan rakan sekerja pergi ke kedai mamak saja. Tak sangka pula orang ramai,” katanya.

Dia yang bekerja di sebuah bank di daerah ini turut bersetuju peniaga makanan boleh mengaut untung sekiranya merebut peluang berniaga pada Aidilfitri.

Pelanggan penuh di sebuah restoran nasi kandar di Seremban Gateway.

Pekerja swasta, Eefaazura Ramli, 49, pula berkata, dia tidak kisah beratur lama kerana tiada pilihan kedai makan lain yang kebanyakannya masih ditutup, lapor Sinar Harian.

“Ada saja kedai makan di kawasan rumah saya, tapi kebanyakannya masih ditutup. Jadi, saya dan keluarga serbulah kedai mamak.

“Lagi pun kita dah penat memasak juadah hari raya di kampung dan sekarang nak makan makanan lain pula,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Seorang penghantar makanan, Saiful Azhar Mansor, 25,berkata, beberapa kali dia berulang alik ke restoran mamak untuk memenuhi pesanan pelanggan.

Katanya, mula bekerja pada raya kedua dan menerima dua kali ganda pesanan pelanggan.

“Kedai makan lain banyak tutup. Jadinya ‘port’ saya dari pagi sampai malam dekat kedai mamak sajalah.

“Kalau kedai tomyam rasanya hanya akan mula beroperasi selepas dua minggu. Untunglah mana-mana yang buka kedai hari raya ini,” katanya.

Sumber gambar – richworksnow.com |Sumber laporan – Sinar Harian



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Puas Makan Juadah Aidilfitri, Kedai Mamak Mula Dipenuhi Pelanggan

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×