Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

15 rumah terbakar, 65 penghuni terjejas

KUCHING: Seramai 65 Penghuni terjejas dalam insiden kebakaran 15 rumah, termasuk 12 musnah, di Jalan Pujut Corner, Miri, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dua kediaman musnah separuh dan sebuah lagi hangus kira-kira lima peratus, manakala dua penghuni cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Katanya, mangsa cedera adalah seorang lelaki yang melecur di paha dan belakang badan, dan seorang wanita cedera di kaki kanan selepas terjatuh.

“Sejumlah 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, BBP Lutong serta BBP Miri dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.33 petang.

“Secara keseluruhan, seramai 65 penghuni rumah jenis tidak kekal terbabit kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.35 petang, dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

15 rumah terbakar, 65 penghuni terjejas

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×