Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengguna Lebuh Raya Diingatkan Supaya Sentuh Kad TnG Dan Ikut Laluan Yang Betul Walaupun Tol Percuma

PENGGUNA Lebuh Raya diingatkan agar tetap menyentuh kad Touch ‘n Go (TnG) atau Smart Tag ketika melalui plaza tol, manakala pengguna teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID.

Memetik laporan Sinar Harian, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, langkah itu bertujuan mengoptimumkan inisiatif tol percuma sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 19 hingga 21 April dan 24 April depan.

“Tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada kad dan e-dompet Touch ‘n Go.

“Pengguna lebuh raya juga akan menikmati tol percuma ketika melalui plaza tol atau plaza tol keluar bagi lebuh raya yang beroperasi secara sistem tol tertutup sepanjang tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, LLM turut menjangkakan jumlah peningkatan trafik bagi kenderaan yang menggunakan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) meningkat sehingga 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri.

Menurutnya, pertambahan jumlah kenderaan itu akan berlaku secara berperingkat bermula 19 April hingga 7 Mei depan.

Justeru, LLM telah mengarahkan syarikat konsesi mengambil beberapa langkah bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya.

“Antaranya, semua syarikat konsesi lebuh raya diarahkan untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya bermula 18 April hingga 7 Mei.

“Selain itu, mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pengguna PLUS, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, LPT1 dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 bagi membantu pengguna merancang perjalanan.

“Memastikan semua sistem dan operasi di plaza tol berjalan lancar bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol, selain penambahan lorong tol di beberapa plaza tol yang dikenal pasti mempunyai trafik yang tinggi,” ujarnya.

LLM memaklumkan, Pusat Pengurusan Trafik (TMC) kendaliannya akan beroperasi selama 24 jam bermula 19 hingga 26 April ini bagi membantu pengguna lebuh raya mendapatkan maklumat trafik terkini.

Sumber : Sinar Harian | Gambar : Touch N Go



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Pengguna Lebuh Raya Diingatkan Supaya Sentuh Kad TnG Dan Ikut Laluan Yang Betul Walaupun Tol Percuma

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×