Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wanita Ditahan Polis, Curi Dan Joli Duit Ibu Saudara

Seorang wanita ditahan di Pandan Perdana, di sini, awal pagi tadi kerana disyaki mencuri RM8,200 dari akaun bank ibu saudara tirinya untuk membeli telefon pintar jenis iPhone 14 Pro.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Seorang Wanita Tempatan pada 25 Mac lalu.

“Transaksi (pengeluaran wang) bermula pada 23 Mac secara berperingkat.

“Suspek seorang wanita tempatan ditahan di sebuah premis di Pandan Perdana jam 12.25 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut menemui kad ATM milik Mangsa dan merampas telefon pintar dipercayai dibeli menggunakan wang yang dicuri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya.

Kejadian itu didedahkan oleh mangsa menerusi satu hantaran Facebook menyatakan bahawa suspek mencuri kad ATM berkenaan semasa menumpang tidur di rumahnya.

Dalam hantaran itu, mangsa meluahkan perasaan terkilan apabila layanan baik untuk membantu suspek dibalas dengan cara sedemikian lebih-lebih lagi ia berlaku pada minggu pertama Ramadan.

Katanya, dia terkejut apabila akaunnya hanya berbaki RM500 menyebabkan mangsa tidak mampu membayar semua komitmen bulanan termasuk sewa rumah.

Sumber : Harian Metro | Gambar : Twitter



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Wanita Ditahan Polis, Curi Dan Joli Duit Ibu Saudara

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×