Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rejim Zionis Ceroboh Sambutan Hari Al-Quds Di Masjid Al-Aqsa

Rejim Zionis sekali lagi mencemari kesucian minggu terakhir Ramadan apabila bertindak biadab menceroboh Masjid al-Aqsa menjelang sambutan Hari al-Quds Sedunia pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, saksi mendakwa insiden pencerobohan di Baitulmaqdis itu berlaku pada awal pagi selepas tentera Israel menyerbu dua pintu masuk al-Aqsa iaitu Bab al-Silala dan Bab Hutta.

Mereka turut menyerang jemaah secara ganas di Bab Hutta.

Pada malam sebelumnya, rejim Zionis dilaporkan melancarkan serbuan di Nablus hingga turut menyebabkan siren amaran dibunyikan di Kota Lama tersebut.

Sejak awal Ramadan, Israel telah melancarkan tindakan provokasi melampau ke atas penduduk Palestin di al-Aqsa hingga mengundang kecaman komuniti antarabangsa.

Pada malam Selasa, rejim Zionis lengkap bersenjata dilaporkan menyerbu pekarangan al-Aqsa (Haram al-Sharif) sebelum melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan pegun ke ruang solat Qibli ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak sedang iktikaf di masjid ketiga paling suci bagi orang Islam.

Beberapa saksi mendakwa anggota tentera Israel turut melepaskan peluru keluli bersalut getah ke arah jemaah Palestin.

Sumber & Gambar : Sinar Harian



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Rejim Zionis Ceroboh Sambutan Hari Al-Quds Di Masjid Al-Aqsa

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×