Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lelaki Tendang Pintu Surau Ditahan Polis

Seorang lelaki telah ditahan polis kerana dikatakan telah menendang pintu sebuah Surau di sebuah flat di Sungai Chua baru-baru ini kerana tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau.

Memetik laporan The Reporter, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu dan pihaknya ada menerima laporan daripada orang awam mengeai kejadian Tersebut

Menurut laporan itu, Suspek disyaki menendang pintu surau sehingga rosak. Polis telah bertindak menjalankan siasatan dan mendapati suspek tinggal berdekatan dengan flat tersebut. 

Suspek berusia 46 tahun telah ditahan dan semasa disoal siasat, suspek memaklumkan bunyi ‘speaker’ surau flat berkenaan terlalu kuat (semasa solat terawih) sehingga menyebabkan mereka sekeluarga dan jiran-jiran yang tinggal di kawasan berhampiran terganggu. 

Suspek tersebut kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. 

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama. Selain itu, kes tersebut juga dsiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian dengan penyebaran video tersebut dengan niat tidak baik. 

Sumber : The Reporter | Gambar : Buzzkini



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Lelaki Tendang Pintu Surau Ditahan Polis

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×