Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lelaki Hina Institusi Beraja Di Facebook Ditahan Polis

Seorang Lelaki ditahan pihak polis selepas disyaki membuat satu hantaran di Facebook yang berbaur penghinaan terhadap Institusi Beraja, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di Pahang, oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Katanya, lelaki itu dipercayai membuat hantaran menerusi akaun Facebook bernama ‘Raja Hairun’.

“Permohonan reman terhadap suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat di lokap berpusat Kuala Lumpur esok.

“Siasatan kes dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan kepada Berita Harian.

Beliau juga menasihatkan dengan tegas supaya orang ramai supaya menghormati institusi beraja kerana ia sudah dijamin oleh Perlembagaan demi menjaga kestabilan negara, bangsa dan negara.

Sumber : Berita Harian | Gambar : Agenda Daily



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Lelaki Hina Institusi Beraja Di Facebook Ditahan Polis

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×