Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tular Ratu Cantik ‘Merempit’, Takut Terlewat

Tular di laman sosial mengenai salah finalis Pertandingan Ratu Cantik, Miss Grand Thailand 2023, menunggang motosikal.

Portal Detik.com melaporkan, kisah itu bertambah menarik kerana Ninew Anuthida, finalis Miss Grand Thailand yang mewakili daerah Rayong datang ke Swissotel Bangkok iaitu tempat berlangsungnya pertandingan ratu cantik itu, dengan menunggang sendiri motosikal lengkap memakai mahkota di kepala.

Media tempatan melaporkan Ninew terpaksa datang dengan motosikal untuk mengejar waktu.

Oleh kerana takut terlambat, Ninew menyewa motosikal itu secara dalam talian supaya dapat cepat sampai ke hotel itu.

Menerusi video yang tular, mereka yang melihatnya pun bersorak kerana kagum dengan kebolehan wanita itu membawa motosikal.

Difahamkan, pemilik motosikal itu adalah lelaki duduk di belakang Ninew yang turut sempat mengambil gambar wanita itu menerusi telefon bimbit.

Sebaik tiba di lokasi, Ninew menyapa penyokongnya, malah turut melambaikan tangan dan mengambil gambar dengan berdiri di depan motosikal.

Wanita itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pemilik motosikal kemudian mengambil beg tangannya yang dipegang lelaki terbabit sepanjang perjalanan.

Menurut laporan Harian Metro, kisah itu mendapat perhatian selepas Ninew memuat naik gambar itu di Instagram (IG) miliknya.

Ninew Anuthida adalah salah seorang daripada puluhan peserta dari 77 wilayah di Thailand yang mengikuti pemilihan Miss Grand Thailand 2023 dan pernah menyertai pertandingan sama tahun lalu, namun hanya berjaya memenangi hadiah pakaian dalam terbaik.

Sumber gambar – Media Variasi | Sumber laporan – Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Tular Ratu Cantik ‘Merempit’, Takut Terlewat

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×