Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kejar Mengejar Kerana Telefon Bimbit, Berakhir Dengan Tragedi Maut

TINDAKAN nekad seorang pemandu Mazda CX5 mengejar sebuah Proton Wira berakhir dengan tragedi apabila ia menyebabkan seorang maut manakala dua cedera parah.

Kejadian berlaku di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong Batu Pahat, jam 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku apabila pemandu CX5 yang juga pemilik kilang, berang selepas mendakwa penumpang Hadapan Proton Wira yang dikejarnya itu melarikan telefon bimbit miliknya.

“Tiba di lokasi kejadian, Mazda CX5 yang dipandu suspek berusia 31 tahun secara bersendirian hilang kawalan dan terlanggar belakang Proton Wira dinaiki si mati yang diekorinya.

“Proton Wira itu pula dipandu lelaki berusia 39 tahun dengan penumpang hadapannya yang juga lelaki berumur 43 tahun dari Taman Putera Indah, Tongkang Pechah,” katanya pada Harian Metro di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat semalam.

Menurut beliau, akibatnya, Proton Wira terbabit hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Axia yang dinaiki sepasang suami isteri.

“Pertembungan itu menyebabkan penumpang hadapan Proton Wira telah meninggal dunia di lokasi manakala pemandunya cedera ringan.

“Suami isteri yang menaiki Perodua Axia pula cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat,” tambahnya.

Beliau berkata, suspek tidak mengalami kecederaan manakala si mati bekerja sendiri, selain tiada tangkapan dilakukan.

“Saksi kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Asma’i Md Yusuff di talian 013-6550128.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana membabitkan kematian,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan II Badrul Hisyam Loi Abdullah berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat dan Yong Peng bersama enam jentera dikerah ke lokasi kemalangan.

“Seorang mangsa tersepit di dalam Proton Wira dan mangsa lain berjaya keluar sebelum kami tiba.

“Kami mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh kakitangan perubatan,” katanya.

Gambar : JBPM | Sumber : Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Kejar Mengejar Kerana Telefon Bimbit, Berakhir Dengan Tragedi Maut

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×