Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Siang Kerja Mekanik, Malam Jadi Penyamun

SIANG bekerja sebagai mekanik motosikal, malam pula melakukan jenayah pecah premis perniagaan dan rompakan.

Memetik laporan Berita Harian, itulah kegiatan dua lelaki berusia 26 dan 29 tahun yang telah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam dua kejadian samun di sekitar Parit Sulong, Batu Pahat, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata siasatan awal mendapati suspek menyasarkan premis yang lenggang tanpa pelanggan sebagai modus operandi mereka.

“Kira-kira jam 11.30 malam pada 25 Mac lalu, polis menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang pemilik kedai snuker memaklumkan dia disamun oleh dua lelaki tidak dikenali kira-kira jam 9 malam.

“Pada keesokan harinya kira-kira jam 2.30 pagi, satu lagi laporan polis diterima daripada pemilik kedai menjual telefon bimbit dan peralatan komunikasi memaklumkan kedainya disamun kira-kira jam 9.30 malam pada hari yang sama.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis berjaya menahan dua suspek lelaki tempatan berusia 26 dan 29 tahun ketika dibelasah orang ramai di kawasan Parit Sulong,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang cedera kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk menerima rawatan.

Katanya, hasil pemeriksaan, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan benzodiazepin.

“Polis turut menemui wang tunai RM 3,025 bersama sebilah parang dan sabit serta beberapa telefon bimbit dipercayai hasil samun di kedua-dua kedai itu.

“Seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lalu dan kedua-dua mereka direman selama lima hari sehingga Khamis ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan dua lelaki memakai topi keledar dan bersenjata parang dipercayai melakukan samun di Parit Sulong.

Gambar / Sumber : Berita Harian



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Siang Kerja Mekanik, Malam Jadi Penyamun

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×