Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tini Ariffin dedah hidap kanser payudara tahap satu, lega dapat kesan awal

BEKAS pengacara program 3R, Tini Ariffin akhirnya mendedahkan keadaan dirinya yang disahkan menghidap kanser Payudara Tahap Satu di dalam satu hantaran di Instagram miliknya, lapor Harian Metro

Perkhabaran duka itu telah disimpan Tini selama dua bulan kerana ketidakpastian beliau untuk mengkongsikan hal berkenaan kepada umum.

“Dua bulan lalu, saya disahkan menghidap barah payudara. Saya sedar kewujudan Ketulan di payudara ketika sedang mandi. Keesokan harinya saya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan,” tulisnya di Instagram.

Tini yang telah melakukan Mammogram dan Ultrasound secara konsisten telah diberikan dua cadangan ketika dia sedar akan kewujudan ketulan itu.

“Cadangan pertama ialah Tini perlu jalani pembedahan dan sampel ketulan itu akan dihantar ke makmal untuk diuji. Kalau ianya disahkan kanser, doktor akan teruskan dengan prosedur seterusnya.

“Saya seterusnya meneruskan dengan biopsy selepas meneliti cadangan kedua. Saya nak tahu sama ada ketulan atau Ketumbuhan Itu Adalah benda biasa atau yang akan merosakkan.

“Tak ada pembedahan besar, cuma ambil sampel pertama dan hantar ke makmal. Langkah ini lebih sesuai dengan situasi pada ketika itu, di mana, saya agak tertekan selepas mendapat tahu mengenai wujudnya ketulan itu, ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, Tini berasa bertuah kerana dapat bertindak lebih awal selepas menerima khabar keputusan ujian bahawa ketulan itu merupakan kanser.

“Penantian untuk keputusan biopsy itu mengambil masa tiga hari bekerja. Saya terus berdoa dan berfikir secara positif bahawa ketulan dan ketumbuhan itu adalah bukan benda yang buruk.

“Allah tahu segalanya dan keputusannya, ia adalah kanser tahap satu. Semua yang berada di hospital berkata, saya bertuah sebab saya dapat kesan mengenainya lebih awal dan terus bertindak. Bayangkan, kalau saya simpan sendiri dan anggap bahawa ia adalah ketulan biasa?” tulisnya.

Tini juga memohon di dalam perkongsian beliau supaya setiap individu yang merasakan ada perubahan luar biasa di mana-mana bahagian tubuh, untuk melakukan pemeriksaan.

“Hakikatnya, kanser payudara adalah pembunuh dalam senyap. Saya rasa okay. Tak ada masalah yang buatkan saya rasa perlu berjumpa doktor. Kenapa nak jumpa doktor kalau tak sakit, kan?

“Semakin lama menunggu, ia akan merebak dari tahap satu ke tahap empat. Pada ketika itu, semuanya sudah terlambat.

“Kalau ada rasa tak normal di bahawa payudara atau tubuh, lakukan pemeriksaan. Jangan tunggu, jangan takut. Anda dapat selamatnya nyawa anda!” tambahnya.

Sumber gambar – Instagram | Sumber laporan – Harian Metro



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Tini Ariffin dedah hidap kanser payudara tahap satu, lega dapat kesan awal

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×