Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Portugal benam Uruguay 2-0, Ronaldo pula jadi bahan jenaka didakwa cuba claim gol Fernandes

PORTUGAL menepati ramalan ramai apabila mara ke pusingan 16 negara terbaik dalam saingan Piala Dunia 2022 apabila berjaya membenam Uruguay dengan keputusan 2-0 pada aksi kedua Kumpulan H awal pagi tadi.

Dalam aksi luar biasa di Stadium Lusail itu itu, Portugal menurunkan kesebelasan utama terbaik termasuklah senarai penyerang berbisa Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes dan Joao Felix.

Lebih menarik, Bruno Fernandes berjaya menjaringkan kedua-dua gol buat Portugal biarpun babak pertama hambar tanpa sebarang jaringan.

Namun yang menjadi perhatian dunia adalah jaringan pertama Bruno Fernandes pada minit ke-53 yang dikatakan ‘terlebih’ diraikan oleh Cristiano Ronaldo.

Dalam siaran langsung perlawanan tersebut, pengulas turut tersilap menyangka hantaran cantik Bruno Fernandes berjaya ditanduk ke gawang oleh Ronaldo.

Bagaimanapun hantaran tersebut sebenarnya terus masuk ke gawang Uruguay tanpa sentuhan Ronaldo.

Portugal dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas bola terkena pertahanan Uruguay, José María Giménez dengan Fernandes diberi amanah untuk menyempurnakan tendangan tersebut sekaligus memberi kedudukan selesa buat Portugal.



This post first appeared on The News Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Portugal benam Uruguay 2-0, Ronaldo pula jadi bahan jenaka didakwa cuba claim gol Fernandes

×

Subscribe to The News Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×