Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kejayaan Asyraf Khalid Sebagai Anak Didik Dr Azizan Osman

Aku rasa kalau sebut sahaja Datuk K, mesti kenal siapa dia kan? Suami kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza. Tapi aku tak nak cerita pasal Datuk K ni sebenarnya, aku nak cerita tentang Asyraf Khalid iaitu anak kepada Datuk K.



Kalau sebut Asyraf Khalid ni, aku teringat pula dekat wife dia Tya, si cantik manis yang berasal dari Palembang Indonesia. Dan aku yakin yang mengikuti perkembangan mereka, pasti tahu sangat yang Asyraf dan Tya menjalankan perniagaan Mutyara kan. Fuh! Sukses bangat bisnes mereka kan.

Kejayaan Asyraf Khalid - Datuk K berterima kasih kepada Dr Azizan Osman


View this post on Instagram

A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)


Umum diketahui yang Datuk K bergelar businessman kan, so apalah aku nak kisah sangat bila tengok Asyraf Khalid juga mengikut jejak langkah Datuk K untuk menjadi usahawan.

Like father, like son.

Dan pastilah Asyraf Khalid mendapat bimbingan daripada papa tersayang dia.

Tapi aku silap! Bukan Datuk K yang membimbing Asyraf Khalid menuju puncak kejayaan.

Dalam satu hantaran video ucapan Datuk K yang dikongsi oleh Asyraf Khalid, Datuk K dalam ucapannya menzahirkan rasa kagum terhadap Dr Azizan Osman yang mempunyai kebolehan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan termasuklah anaknya sendiri Asyraf Khalid.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,”
Hanya dalam masa 3 tahun, Dr Azizan Osman berjaya mengubah dan membimbing Asyraf Khalid bukan sahaja dalam bisnes, malah dalam kehidupannya juga - begitulah yang dinyatakan oleh Datuk K sendiri.



Nak berjaya, janganlah ego


Selain itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan”

Impian Asyraf Khalid - “Nak Ayah Bangga!”



Kejayaan Asyraf Khalid sedikit sebanyak pasti menjadi kebanggaan Datuk K.

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini."

Siapa sangka, ‘big why’ Asyraf Khalid adalah untuk membuatkan Datuk K bangga kepadanya sebagai anak. Ini target utama Asyraf Khalid. Dan akhirnya, dia berjaya mencapai big why yang dia pendam selama ini.

Tahniah Asyraf Khalid!

Dulu Asyraf anak yang nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya.

Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

Dr Azizan Osman sebagai Mentor  - didik anak murid sehingga betul-betul berjaya


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini."

Asyraf Khalid melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.


Guru sebeginilah yang kita cari. Bukan sahaja fokus untuk kejayaan bisnes semata-mata, namun juga membimbing anak murid agar menjalani kehidupan yang baik dan tidak lupa kepada tuntutan agama.

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. “

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan."

Kejayaan Richworks Lahirkan Jutawan Bukan Lagi Rahsia


Bagi aku, sememangnya bukan mudah untuk mendapat kejayaan. Pasti banyak usaha dan ilmu diberikan oleh guru kepada anak murid. Dan dalam masa yang sama, anak murid juga kenalah bersungguh-sungguh bekerja keras merealisasikan ilmu yang telah diperolehi.

Selain cerita Asyraf Khalid, aku juga pernah berkongsi cerita Richworks Titan Summit Dari Zero Ke Million, memang tak sangka usahawan yang berdepan dengan dilemma bisnes ketika PKP waktu itu, dengan bimbingan Richworks Dr Azizan Osman boleh mengatasi masalah bisnes mereka, malah terus sukses sehingga melakar kejayaan menjadi jutawan.

Sesuai dengan label Di Sini Lahirnya Usahawan Jutawan, sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Semoga Richworks diterajui oleh Dr Azizan Osman terus sukses dalam membimbing anak anak didiknya agar menjadi usahawan yang bukan sahaja berjaya dalam bisnes malah berjaya juga dalam kehidupan mereka secara total.


This post first appeared on Mrs Pip The Reviewer, please read the originial post: here

Share the post

Kejayaan Asyraf Khalid Sebagai Anak Didik Dr Azizan Osman

×

Subscribe to Mrs Pip The Reviewer

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×