Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Dapatkan Buku Teks dan Latihan Kanak-Kanak Percuma di Laman Ini

Sekarang demi kebaikan kanak-kanak, terdapat ramai ibu bapa sering membeli pelbagai latihan kerja rumah, atau buku melukis, dan lain-lain bahan buku untuk anak-anak mereka belajar. Terutamanya bagi kanak-kanak yang belum menghadiri ke sekolah secara rasmi lagi.

Malah, dengan semakin maju internet dalam kehidupan kita, ia telah membawa banyak kemudahan kepada semua manusia untuk segala-galanya. Antaranya termasuk pendidikan untuk kanak-kanak juga.

Pada masa kini, dengan wujudnya internet, ibu bapa Boleh mencetak semua jenis buku teks, latihan, ,lukisan, dan sebagainya dengan percuma secara online.

Asalkan anda mempunyai sebuah printer di rumah, anda boleh mencetak keluar semua material pelajaran kepada anak-anak anda tanpa perlu membelanjakan wang untuk beli. Alangkah baiknya dengan ini!

Jika anda tidak dapat atau tiada masa untuk cari laman-laman yang memberikan kemudahan sedemikian, di sini saya ingin berkongsi Bersama anda tentang beberapa laman yang saya jumpai yang saya ingat amat bermanfaat dan boleh dipakai oleh para ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka masing-masing.

1. Coloring Book

Laman ini banyak bagus bagi kanak-kanak yang suka melukis dengan pensil warna. Terdapat banyak gambar dalam putih dan hitam yang disediakan di Laman Ini.

Anda boleh cetak keluar mana-mana gambar yang anak anda suka, dan mereka boleh lukis dan isi warna dengan pensil warna mereka atas cetakan gambar itu.

URL: coloring-book.info

2. Work Sheet Fun

Terdapat banyak kandungan yang boleh anda temui dalam laman ini. Anda boleh cetak apa-apa saja yang anda rasa anak-anak anda berminat dan anda boleh bermain bersama mereka. Semasa bermain akan kanak-kanak belajar. Laman ini memang bagus dan berguna untuk semua kanak-kanak.

URL: worksheetfun.com

3. First school

Bahan tulisan tangan dan bahan kreatif boleh dicetak keluar untuk kanak-kanak belajar dan mengamalkan penulisan untuk prasekolah, tadika dan elementer awal.

Melalui pelajaran dari bahan tulisan yang disediakan di laman ini, kanak-kanak akan dapat ketahui untuk menulis dengan anak panah bernombor berurutan dan garis panduan bertitik untuk Standard Block atau format Neolitik Modern D’Nealian.

URL: first-school.ws

4. All Kids Network

Laman ini mempunyai banyak sumber bahan pelajaran untuk ibu bapa, guru dan sesiapa yang bekerja dengan kanak-kanak.


Laman ini menyediakan beribu-ribu aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan seperti kraf kanak-kanak, lembaran kerja, halaman pewarna, maze yang boleh cetak, dot to dot, gambar tersembunyi dan sebagainya.

URL: allkidsnetwork.com

5. Education.com

(Math Worksheets & Free Printables)

Terdapat pelajaran matematik dan pelbagai bahan cetakan untuk kanak-kanak yang percuma di laman ini.

Terdapat juga banyak online game yang digemari oleh kanak-kanak. Semua kanak-kanak boleh belajar dan bersenang-senang dengan permainan yang disediakan itu.

URL: Education.com

6. Raising Our Kids

Semua aktiviti yang dsediakan di sini boleh dicetak keluar dengan percuma. Terdapat banyak aktiviti yang menyeronokkan yang boleh kanak-kanak nikmati.

Antara aktiviti cetakan yang disediakan adalah seperti warna mengikut nombor, teka-teki silang, menyambungkan titik.

Terdapat juga banyak aktiviti seperti teka-teki gambar dan gambar tersembunyi untuk kanak-kanak. Dan aktiviti cetak kegemaran; cara menggambar dan mazes juga boleh didapati di laman ini.

Bila anda masuk ke laman ini, apa yang perlu anda buat Cuma klik pada kategori aktiviti yang anda gemari dan anda akan dihantar ke halaman aktiviti yang boleh dicetak keluar.

Jadi, dengan mendapati laman-laman percuma ini, maka sekarang bolehlah anda belajar bersama anak-anak anda tanpa perlu belanja wang. Adalah baik untuk anda kongsikan artikel ini kepada ibu bapa lain supaya lebih banyak daripada mereka yang tahu dan dapat memanfaat dengannya!

URL: raisingourkids.com

7. Chinese World

Jika anak berminat untuk belajar tulis dalam Bahasa cina, laman ini amat berguna untuk mereka.

Boleh anda tulis satu perkataan cina dalam laman ini, dan ia akan mewujudkan satu mukasurat yang boleh anda cetak keluar.

Cara untuk tulis perkataan yang anda masukkan akan ditunjukkan. Macam mana cara yang betul untuk tulis satu perkataan dari mula sampai habis.

Dengan ini, kanak-kanak akan rasa senang untuk belajar dengan mengikut cara tulis yang ditunjukkan.

Terdapat 3 jenis cetakan yang boleh anda cetak – Standard, Customized, dan Blank Page.

Standard – Jika pilih standard, Cuma 2 garis yang dapat ditulis.

Customized – Anda boleh pilih berapa row dan column yang anda nak. Di samping itu, anda juga boleh pilih sama ada nak cetak keluar sample tulisan yang diberikan.

Blank Page – Jika pilih ini, tiada sample akan diberikan. Cuma format tulisan yang akan dicetak keluar.

URL: yes-chinese.com

The post Dapatkan Buku Teks dan Latihan Kanak-Kanak Percuma di Laman Ini appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Dapatkan Buku Teks dan Latihan Kanak-Kanak Percuma di Laman Ini

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×