Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tips Untuk Tukar Tayar Kereta

Tayar kereta adalah seperti kaki bagi manusia di mana ia adalah bahagian badan yang paling senang diabaikan oleh kebanyakan orang. Kecuali jika mereka menunjukkan tanda-tanda kerosakan, kita jarang pergi memerhati atau menjaga mereka.

Tetapi gagal menjaga tayar kereta yang merupakan salah satu komponen terpenting dalam kereta, ia boleh menyebabkan kemalangan yang serius. Lagipun, tayar kereta adalah komponen yang membolehkan sebuah kereta berjalan dengan lancar di jalan raya.

Bila Kita Kena Tukar Tayar Kereta?

Mula-mula pastikan tayar kereta anda sudah guna 4 tahun. Kalau tayar kereta belum sampai 4 tahun, semak meter kereta untuk mengetahui sama ada kereta anda sudah jalan sampai 80,000 km atau belum.

Kalau sudah jalan 80,000 km, tayar akan jadi botak dan kena tukar. Pada tayar juga boleh anda dapati takat yang indicate bila tayar patut ditukar. Kalau sudah 4 tahun, tayar juga akan jadi kematu dan tidak dapat grip, dengan baik. Dan tayar juga ada tanda-tanda merekah.

Satu lagi keadaan ialah kita kena semak sama ada bunga tayar tu masih ada lagi atau tidak. Jika bunga sudah tak jumpa dan jadi macam rata, maka sudah sampailah masa untuk tukarnya.

Yang mana datang dulu maksud sudah sampai masa untuk kita Tukar Tayar Kereta kita. Kita kena tukar demi keselamatan dan jangan anda nak jimat duit dan ambil risiko untuk tidak tukarnya sebab anda ingat tayar itu masih boleh dipakai.

Tak payah tergesa-gesa untuk tukar. Perlulah anda ingatkan anak dan isteri tersayang. Maka kena tukar saja demi keselamatan sekeluarga anda.

Bacaan Pada Tayar

Yang paling penting pastikan kemampuan tayar melalui maklumat yang tertera pada sidewall tayar tu. Apa yang perlu kita sentiasa ingat adalah benda yang murah tidak baik, benda yang baik tidak murah.

Contoh info pada tepi tayar tu:

205/65 R 15 84 H

205 – lebar tayar(mm)
65 – profil tayar
R – Radial
15 – Saiz Rim(inci)
84 – Had muatan/beban utk 1 tayar
H – Kelajuan

Maksud info untuk tayar yang ni adalah:

Had beban muatan (84) yang mampu ditanggung untuk 1 tayar ialah 500kg. Jadi 4 tayar boleh tanggung beban 4×500=2,000kg(2 tan) saja. Jadi bila ditolak 1 tan berat badan dan enjin kereta, tinggallah 1 tan saja yang tayar itu mampu ditanggung, iaitu berat kita orang dalam kereta tu.

H pula adalah simbol untuk kelajuan, biasanya anda akan dapat H=210km/h pada kebanyakan tayar.

** Untuk tahu had muatan dan kelajuan, kena anda refer pada jadual khas untuk tayar**

Kalau nak tengok detail jadual tu, boleh anda tengok di kedai tayar. Dalam office mereka akan ada tampal. JKJR ada bagi mereka untuk panduan pengguna.

Apa Biasa Saya Lakukan Bila Nak Tukar Tayar

Bila sampai masa untuk saya tukar tayar kereta, biasanya saya akan pergi kunjung beberapa kedai tayar dan buat pertanyaan.

Apa yang saya buat adalah bila sampai di satu kedai, saya akan mula dengan tanya jenama dan spec tayar. Selepas saya sudah pekenan dengan jenama yang diberikan, kemudian saya akan buat survey tentang harganya.

Membuat Perundingan

Lepas dapat harga yang disebut oleh taukeh kedai tayar itu, saya akan buat perundingan. Biasanya saya akan cakap bahawa saya akan buat survey dengan beberapa kedai lain baru akan saya buat keputusan mana satu kedai yang saya akan pergi buat pertukaran tayar, jadi saya akan tanya taukeh itu untuk bagi harga yang paling best untuk saya.

Selain daripada itu, saya juga akan tanya tentang kos untuk buat alignment, balancing dan labor cost yang termasuk dalam tukar tayar kereta itu.

Biasanya semua kos ini akan dapat dimasukkan sekali dalam kos tukar tayar kalau saya beli 4 tayar sekaligus dari kedai itu.

Buat Survey Sekurang-kurangnya 4 Kedai

Dalam kes saya, saya selalu akan buat survey ke 4 kedai yang berlainan. Lepas buat bandingan tentang harga dan servis yang ditawarkan, saya akan pilih kedai yang say rasa paling berbaloi.

Saya suka pilih kedai yang bagi layanan baik dan bukan kedai yang buat layan tak layan. Jenama yang paling saya gemari adalah jenama Dunlop sebab saya rasa kualiti tayar ini amat bagus dan harganya pun bukan mahal sangat.

Soalan Yang Ditanya Untuk Menentukan Kejujuran

Saya ada pakai satu soalan untuk saya membuat penentuan tentang kejujuran pemilik kedai tayar kereta. Soalan yang saya tanya adalah seperti ini:

‘Tauke, tayar baru kalau pakai tahan berapa lama baru kena tukar?’

Kalau dia jawab lagi awal dari 4 tahun atau lagi pendek dari 80,000 km (macam ada satu kes di mana kedai tayar itu cakap 50,000 km sudah kena tukar) maknanya dia tak jujur. Dia cuma nak suruh orang tukar tayar lagi cepat walaupun tak sampai masanya lagi.

Kalau anda ada niat untuk jual kereta dalam satu tahun lagi, eloklah anda pergi ke kedai yang jual tayar second hand yang boleh anda dapat tukar tayar kereta dengan harga yang lebih murah.

Tayar second hand biasanya boleh tahan elok selamat untuk 2 tahun. Bila anda sudah jual kereta anda dan sudah beli kereta baru, anda pun akan dapat tayar yang baru.

The post Tips Untuk Tukar Tayar Kereta appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Tips Untuk Tukar Tayar Kereta

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×