Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ciri-Ciri Pelabur Yang Baik

Adakah anda tahu apakah ciri-ciri pelabur yang baik? Saya akan berkongsi bersama anda semua di sini tentang jawapan yang diberikan oleh mentor pelaburan Milan Doshi untuk soalan ini.

Jawapan asal dalam english dalam satu perenggan, jadi saya mudahkan dengan bahasa melayu, dalam bentuk point dan sedikit ulasan yang dibuat dari saya. Perlu anda ingat bahawa saya bukan buat penterjamahan secara terus dari perkataan english itu, maka ia  tidak akan sama ayat demi ayat.

Antara perkataan-perkataan penting yang dicakap oleh beliau adalah:

1. Satu daripada ciri-ciri yang baik untuk seorang pelabur ialah dia tidak berhenti dari belajar benda yang baru. Dengan kata lain berterusan untuk mempelajari dan tak pernah ada perasaan ‘ilmu dah cukup di dada dan tak perlu belajar lagi’.

2. Perlu Ada jaringan atau networking dengan pelabur lain yang mempunyai minat yang sama dan perlu ada minda ‘sama -sama’ menang, saling bantu membantu untuk sama sama berjaya.

Sebagai contoh beralah dengan rakan lain untuk mendapat rumah lelong pada harga reserve, kalau bersaing mungkin harga rumah itu akan menjadi lebih tinggi.

Sesetengah pelabur mempunyai mindset di mana kalau orang lain dapat, aku akan rugi. Ini bukan satu mind set yang betul.

Yang yang patut kita ada ialah kita perlu ada mindset yang dalam bidang pelaburan akan sentiasa ada peluang. Jika kita tak dapat untuk kali ini pun bukan perkara yang besar pun, pasti kita akan ada peluang akan datang sekiranya kita terus mencari.

3. Perlu ada pengetahuan terlebih dahulu. Jika seseorang tidak tahu tentang bidang pelaburan tapi  terus pergi melabur, kebarangkalian besar dia akan mengalami kerugian.

Seperti melabur dalam saham, terdapat ramai orang yang tidak tahu bisnes yang diurus oleh sesebuah syarikat , tetapi sudah taruh beberapa puluh ribu dalam saham syarikat itu. Kelakuan macam ini banyak bahaya.

Kita perlu mengumpul maklumat yang mencukupi, lepas tu buat kajian dan analisis. Selepas tu baru buat keputusan sama ada syarikat itu berbaloi untuk melabur atau tidak. Dengan pengetahuan yang mencukupi, kita akan rendahkan risiko yang kita hadapi.

4. Perlu Ada Persediaan yang cukup. Selain daripada persediaan kewangan, kita juga perlu membuat persediaan mind set yang betul.

Jika tiada persediaan yang mencukupi, bila peluang itu wujud di depan mata kita, disebabkan kita kekurangan wang, atau takut, atau risau dan tidak dapat buat keputusan dengan cepat, maka peluang ini mungkin akan banyak cepat diambil oleh orang lain yang sudah bersedia.

5. Perlu ada kemampuan untuk meminjam. Anda mesti ada cagaran yang jadikan anda mempunyai kelayakan untuk  memohon pinjaman dari bank-bank yang berlainan.

Jika anda tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk  membuat pinjaman, walaupun peluang yang wujud adalah peluang yang sangat baik untuk anda buat keuntungan yang besar, tetapi anda tidak dapat mendapatkan kelulusan dari bank untuk dapatkan pinjaman yang anda perlukan, maka semua ni pun sia-sia sahaja. Anda akan membuat penungguan untuk selama-lamanya.

6. Perlu ada persediaan emosi, mental dan kewangan. Kewangan bermaksud kemampuan utk membuat pinjaman, dan berapa jumlah dana yang boleh dilaburkan. Emosi bermaksud kebolehan utk tidak mudah terpengaruh dan membuat keputusan menggunakan akal bukannya perasaan. Secara mental pula perlukan persediaan dari segi pengetahuan dan juga pola pemikiran (mindset).

Semakin ramai orang yang suka menabung. Sekarang ni pun sikit punya susah nak dapat nombor giliran dari Bank Rakyat sama ada untuk tambah syer atau ahli baru.

The post Ciri-Ciri Pelabur Yang Baik appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Ciri-Ciri Pelabur Yang Baik

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×