Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kemahiran Membuat Pengucapan Awam dan Persembahan Atas Pentas

Sebelum ini saya tak berani nak membuat pengucapan awam dan bercakap di halayak ramai. Lagi-lagi kalau ada perhimpunan dengan Orang ramai yang menghadiri. Tahap keyakinan saya agak rendah sebelum ni. Dalam kelas diam, duduk rumah pun tak banyak cakap, dengan aweks dulu pun diam juga.

pengucapan awam

Memang sukar sebenarnya nak membangkitkan rasa keyakinan dalam diri bila bercakap di depan orang ramai. Hati, fizikal dan mental perlu cekal dan fokus. Aku hingga saat ini pun, kadang kala ketar lulut bila nak bercakap di khalayak ramai.

Keadaan Berubah

Tapi sekarang sudah banyak yang aku berubah. Aku baca dengan buku-buku yang mengajar tentang cara untuk membuat pengucapan awam yang menarik, tulis tajuk, teks, dan buat latihan dengan rajin.

Lepas dua tahun dengan berusaha kuat, sekarang bolehlah aku berdiri atas pentas dan menyampaikan pengucapan kepada ramai orang tanpa nervous sangta.

presentation
presentation

Untuk belajar macam mana untuk membuat pengucapan awam di atas pentas, pertama sekali perlulah kita kena tahu asasnya.

5 Asas Pengucapan Awam

1. Tentukan matlamat anda dengan jelas

Sebelum anda membuat sebarang ucapan awam, ia adalah penting untuk anda tanya dulu diri sendiri tentang apa yang anda ingin capai dengan ucapan ini? Dengan mempunyai matlamat yang jelas, ia akan mempermudahkan proses penulisan atau perancangan anda dan membantu anda mendefinisikan objektif utama ucapan anda.

2. Ketahui khalayak anda

Ini bermakna anda perlu memahami masalah, kebimbangan, harapan, impian dan sebab-sebab kenapa mereka datang untuk mendengar ucapan anda. Anda dapat bersedia dengan baik sekiranya anda tahu apa yang ingin didengari oleh para khalayak.

Boleh anda sentiasa mengingatkan diri bahawa ucapan yang anda ingin sampaikan adalah demi kepentingan khalayak anda dan anda mempunyai keghairahan untuk berkongsi dengan mereka.

3. Kawal pernafasan

Ini juga membantu dalam kita bercakap dan mengawal intonasi sebutan yang kita cuba keluarkan.

Kejelasan sebutan juga bergantung kepada ton suara. Bercakap terlalu laju, orang yang mendengar tidak akan mendengar butir-butir yang anda cakapkan. Cakap terlalu perlahan pula orang tak dengar [macam aku]. Cakap lambat sangat macam kebanyakan polis di berita, juga boleh buat orang bosan.

4. Ketahui semua pemudahan

Pada hari pengucapan, boleh anda tiba di tempat ucapan dengan lebih awal untuk menyemak kawasan ucapan. Boleh anda cuba untuk menggunakan mikrofon dan sebarang bantuan visual.

5. Jangan tergesa-gesa untuk cakap atas pentas

Bagi penceramah yang berpengalaman, mereka sering mengambil beberapa saat untuk berdiam diri dan menentukan nada mereka sebelum mula pengucapan mereka.

Jadi jangan tergesa-gesa untuk bercakap sebaik saja anda naik ke atas pentas. Sebab jika anda bermula tanpa persediaan yang baik, anda mungkin bercakap dengan terlalu cepat dan tidak teratur.

Jadi, cara yang paling baik untuk mulakan pengucapan awam anda adalah untuk anda mengambil nafas pada permulaan dan mengambil sedikit masa untuk menjadi selesa di persekitaran anda. Jangan risau tentang berhenti sejenak sebelum mengatakan apa-apa sebab khalayak akan menunggukan anda.

Cara Menulis Teks

Untuk memberikan ucapan yang menarik, tajuk, teks dan nota yang anda sediakan mestilah menarik juga.

Untuk semua tulisan, mesti ada tajuk, permulaan, kandungan dan kesimpulan. Jadi anda boleh juga ikut format seperti ini untuk menulis teks ucapan anda.

Tajuk

tajuk yang diberikan mesti sempena dengan apa yang anda ingin ucapkan. Jangan beri tajuk yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan ucapan anda di mana ia akan mengelirukan khalayak dan mereka mungkin akan hilang minat untuk dengar apa yang anda cakap.

Permulaan

Terdapat banyak cara untuk buat permulaan bagi pengucapan anda. Anda boleh mula dengan petikan ayat daripada selebriti, bermula dengan satu jenaka, memberi statistik, membuat pertanyaan kepada khalayak dan sebagainya.

Kandungan

Perlu anda tahu berapa masa yang anda ada untuk ucapan anda. Sekiranya masa ucapan yang diberikan cuma 5 minit, maka anda cuma perlu sediakan 1 atau 2 perkara penting yang ingin anda sampaikan. Jika masa yang diberikan adalah 1 jam, maka anda mungkin perlu sediakan 5 – 8 perkara penting yang anda ingin berkongsi dengan khalayak.

Kandungan yang anda sediakan akan jadi lebih menarik jika anda boleh campur dengan jenaka, contoh-contoh, perkara-perkara yang berlaku pada diri sendiri, berita yang sedang menjadi perhatian oleh semua orang, dan sebagainya.

Kesimpulan

Kesimpulan yang anda berikan mesti ada berkaitan dengan tajuk dan semua point-point yang anda berikan dalam ucapan anda.

Anda boleh membuat kesimpulan untuk mengingatkan khalayak anda untuk melakukan sesuatu atau bagi mereka tahu betapa penting sesuatu perkara yang mesti mereka ingat.

Dengan itu, ia dapat mempertingkatkan kesan daripada pengucapan yang anda berikan.

Contoh teks pengucapan awam yang pendek, ringkas dan menarik

Tajuk yang bertindak sebagai ‘penggoda’ akan mencetuskan rasa ingin tahu para khalayak. Contohnya, jangan buat tajuk anda seperti: “Bersenam Boleh Kuruskan Badan”. Orang lihat tajuk ini sudah rasa nak tidur. Sebaliknya, anda boleh buat tajuk seperti ini: “Macam Mana Turun Berat Badan Sekurang-kurangnya 5 kg dalam 30 Hari!”. Dengan tajuk ini, memang ia akan mencetus rasa ingin tahu keramaian orang.

Tulis teks anda seperti anda sedang bercakap dengan kawan anda. Jangan isikan dengan terlalu banyak perkataan yang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Pakai semua ayat yang mudah difahami supaya dapat menarik minat para khalayak.

Berikan contoh-contoh dan statistik yang benar adalah penting untuk membina keyakinan para khalayak tentang pengucapan anda.

Pada akhir ucapan, huraikan semua perkara penting yang anda buat dalam sepanjang ucapan ini. Balik ke contoh tajuk turun badan itu, boleh anda mula tunjukkan satu gambar orang gemuk, Encik A, dan berikan statistik di Malaysia terdapat berapa peratus orang yang mempunyai keberatan yang lebih.

Bila datang ke kesimpulan, boleh anda tunjukkan sekali gambar Encik A yang sudah kuruskan badannya selepas amalkan apa yang anda kongsikan dalam ucapan anda. Dengan membuat kesimpulan seperti ini, ia akan memberi impak yang amat berkesan kepada semua orang.

Latihan Yang Boleh Anda Buat

Untuk memberikan keyakinan pada diri untuk bercakap di depan orang ramai memerlukan banyak faktor. Berdasarkan pengalaman aku antaranya yang boleh anda berlaku adalah:

1. Bermula dengan membuat ucapan untuk kumpulan yang kecil

Perlu banyak latihan dengan bercakap dalam skala kumpulan yang kecil. 3 orang, 8 orang, atau mungkin 2 orang itu memadai untuk membina keyakinan diri. Macam aku, aku bermula dengan menjadi seorang juru jual [ala-ala salesman gitu].

Bercakap dengan orang yang tak dikenali dan bercerita dengan sesuatu yang baru memang mencabar jiwa raga. Tapi alhamdulillah, itulah yang lebih memberi keyakinan pada diri untuk bercakap di depan orang.

2. Berlatih di depan cermin

Bercakap depan cermin bukan latihan yang biasa aku buat. Tapi aku rasa ia merupakan antara latihan yang baik untuk dilakukan. Jadi, bolehlah anda cuba sendiri dan lihat kesan yang boleh anda perolehi.

3. Membuat kajian atau pembacaan awal sebelum sesuatu sesi perbincangan atau pembentangan

Ini membantu dalam membina keyakinan dalam melontarkan isi kandung perbincangan. Dengan membaca juga, sebutan dan intonasi dan perkataan akan terserap terus dalam minda dan ini membantu dalam proses berhujah di depan orang ramai.

4. Rakam ucapan anda semasa berlatih

Dengan wujudnya smartphone, ia sudah memudahkan untuk anda rakam audio dan video. Jadi anda boleh buat rakaman video semasa anda berlatih di rumah dan juga suara anda bila anda berlatih bercakap di dalam kereta semasa memandu.

Lepas tu, tengok balik latihan anda dan semak mana-mana tempat yang perlu dipertingkatkan. Dengan melalui latihan seperti ini, persembahan anda akan jadi semakin baik dan menarik.

Cara Mengatasi Ganguan dan Halangan Pengucapan Awam

1. Membuat nafas yang panjang dan perlahan

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengurankan rasa gementar atau ketakutan adalah dengan pakai teknik pernafasan yang sesuai. Anda boleh cuba untuk bernafas dengan perlahan. Ini dapat merangsang otak anda untuk mengaktifkan kerehatan yang menenangkan dan mencerna sistem saraf parasympatetik.

2. Pakai bahasa badan (body language)

Bila berada di atas pentas, kita perlu berdiri tegak dan jangan bergoyang-goyang badan kiri kanan yang boleh jadikan kita nampak macam kurang keyakinan.

Bukan saja berdiri tegak, bila berucap, perlulah kita selalu pakai bahasa badan kita juga. Jangan tangan taruh tegak saja tanpa buat apa-apa pun. Kedua-dua tangan perlu tunjuk-menunjuk semasa membuat ucapan. Muka dan suara tone pun kena selalu berubah-ubah supaya khalayak tertarik dengan pengucapan kita.

3. Takut pandangan dari orang lain

Apabila ditanya kenapa takut untuk membuat ucapan awam, kebanyakan orang cakap mereka takut membuat kesilapan dan takut pandangan daripada orang lain.

Sekiranya anda mempunyai keyakinan dan buat persediaan yang mencukupi, maka masalah ini sememangnya dapat diatasi dengan senang.

4. Tekanan dari pengalaman yang buruk masa dulu

Anda mungkin ada tekanan untuk membuat ucapan sebab anda mempunyai pengalaman teruk yang lalu. Ia menjadi satu mimpi dahsyat dan selalu meberikan perasaan mengerikan kepada anda. Oleh itu, setiap kali anda berfikir tentang pengucapan awam, anda akan teringat pengalaman yang dahsyat ini.

Ia adalah sangat penting untuk anda memahami masalah anda supaya anda boleh mula mempelajari lebih lanjut mengenainya dan mula mengatasi masalah ini dengan berkesan.

Itulah sebahagian skil yang dapat aku kongsikan. Apa aku boleh cadangkan, di sekolah rendah, menengah, universiti atau pun pekerjaan, sepatutnya perkara ini dah lama dipraktikkan.

Pelajar di sekolah rendah & menengah mungkin lebih berkeyakinan bila mereka bercakap di khalayak. Tapi amalan ini banyak di zaman universiti dan juga persembahan professional.

Makanya, kepada cikgu-cikgu dan guru-guru yang membaca entri ini, cuba buat slot untuk bercakap pada anak-anak murid, walaupun kelas matematik.

Cikgu akan lebih banyak mendengar anak murid bercakap tentang satu-satu topik berbanding cikgu dan cikgu mestilah lebih banyak buat homework sebab nak menjawab soalan murid.

Tak tahu jawapan, jagan segan pulak nak mengaku. Untuk cadangan ini, anda pasti akan nampak kesannya 2-3 tahun selepas itu. Tapi kena praktikkan baru nampak kesannya.

The post Kemahiran Membuat Pengucapan Awam dan Persembahan Atas Pentas appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Kemahiran Membuat Pengucapan Awam dan Persembahan Atas Pentas

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×