Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Senarai Panduan Dan Tips Temuduga

Dua tiga hari yang lepas saya telah dihubungi oleh bekas anak buah untuk bertanyakan panduan dan tips Temuduga. Katanya mereka agak teruja dan gementar untuk melalui sesi temuduga bagi satu jawatan yang akan di adakan selepas cuti hari raya nanti.

Tujuan utama mereka menghubungi saya adalah untuk mendapatkan panduan dan tips temuduga supaya urusan temuduga tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pada saya subjek temuduga merupakan sesuatu yang bersifat subjektif. Sudah banyak artikel, panduan, tips dan penerangan mengenai temuduga yang Boleh diperolehi sama ada melalui bahan bacaan biasa mahupun secara ‘online’.

Pada masa yang sama pelbagai kursus, latihan dan kelas khas telah dianjurkan oleh pelbagai pihak dan organisasi untuk memberikan bimbingan dan khidmat nasihat mengenai panduan dan tips temuduga.

Secara dasarnya tujuan utama sesi temuduga adalah untuk mencari calon yang terbaik bagi mengisi sesuatu jawatan, peluang dan sebagainya sebegaimana yang ditawarkan.

Memandangkan urusan temuduga ini bersifat subjektif dan bergantung kepada penilaian manusia yang pelbagai-bagai, Sukar untuk memberikan tips dan panduan yang benar-benar boleh dikatakan berkesan.

Namun demikian untuk membantu mereka yang masih mencari panduan dan tips temuduga, saya kongsikan di sini senarai panduan, tips dan cara-cara menghadapi temuduga yang boleh dirujuk untuk membantu semua orang, tidak kira sama ada temuduga itu adalah untuk sektor kerajaan mahupun pihak swasta.

Buat Resume Yang Lengkap

Sebelum mendapatkan temuduga, perkara yang paling penting adalah anda perlu mempunyai satu resume yang lengkap dan boleh jualkan diri. Dalam resume itu, semua latar kebelakangan anda perlu diisi dengan lengkap. Sekiranya anda tidak tahu macam mana untuk tulis resume, boleh anda rujuk ke post ini yang ada bincang dengan terperinci tentang macam mana tulis resume yang lengkap dan bagus.

Apa yang buat sesebuah Syarikat mengenali pada permulaan adalah melalui resume. Jadi dengan resume yang lengkap, anda akan melalui halangan pertama di mana peluang untuk dipanggil untuk buat temuduga dapat dipertingkatkan dengan resume yang lengkap dan diformat dengan baik.

Secara ringkasnya juga seseorang calon temuduga dijangka mempunyai kemampuan untuk menyampaikan pemikiran dan maksud dengan rasional, lojik, jelas, tepat dan padat. Pada masa yang sama calon temuduga juga perlu fasih dan cekap berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya.

Membuat Kajian Atas Syarikat Itu

Kumpulkan seberapa banyak mungkin tentang maklumat syarikat yang anda dipanggil untuk temuduga itu.

Ambil sikit masa untuk meneliti syarikat itu adalah langkah pertama anda untuk membuat persediaan temuduga yang baik. Maklumat yang anda kumpul akan membantu anda menjawab soalan dengan berkesan dan bertanya soalan yang paling sesuai semasa temuduga.

Membalas Email Panggilan Temuduga

Apabila anda terima email daripada satu syarikat yang balas atas permohonan kerja anda dan minta untuk pergi buat temuduga, anda perlu email balik secepat mungkin dengan menunjukkan anda amat berminat dan menghargai dengan temuduga itu.

Cara yang baik untuk anda membalas email panggilan temuduga adalah:

  • Buat permulaan email dengan berterima kasih kepada pengurus HR yang memberi peluang kepada anda atas pemohonan pekerjaan.
  • Sekiranya anda berminat dengan jawatan yang anda mohon itu, bagi tahu tarikh dan masa yang anda boleh hadiri untuk temuduga itu. Tulis sekali nombor telefon supaya mereka dapat hubungi anda dengan senang.
  • Jika anda tidak berminat dengan tawaran jawatan itu, balas dengan sopan dan juga dengan mesej yang ringkas.
  • Pastikan perkataan yang anda tulis adalah profesional dan bersopan santun.
  • Elakkan taruh emoji dalam tulisan email itu.
  • Meneliti mesej anda untuk kesipian sebelum anda hantar keluar email itu.

Cara Susun Sijil Untuk Temuduga

Sediakan satu fail untuk menyimpan semua sijil dan dokumen anda. Susunkan sijil dari sijil sekolah ke sijil kolej/universiti dengan ikut susunan yang beratur.

Jika anda ada mengambil bahagian dan jawatan dalam mana-mana persatuan atau latihan dan mempunyai sijil yang diberikan, perlu juga anda susun ke dalam fail selepas sijil pelajaran.

Pakaian Yang Sesuai

Pilihan pakaian untuk interview adalah penting sebab apa yang anda pakai dapat dikaji oleh pensyarah.

Jika anda tidak tahu apa yang patut anda pakai untuk temuduga, perkara yang paling penting untuk diingat adalah bahawa anda harus kelihatan profesional tanpa mengira apa jenis pekerjaan yang anda mohon.

Walaupun pakaian temuduga anda bergantung pada jenis pekerjaan yang anda mohon, tapi tidak kira apa jawatan pun, apa yang penting adalah anda harus pakai pakaian yang kelihatan kemas, rapi, dan sesuai dengan badan anda.

Bagi wanita, pakaian baju kurung yang diperbuat daripada fabrik merupakan pakaian yang paling sesuai untuk dipakai untuk menghadiri temuduga.

Hadiri Temuduga

Pada hari sebelum hari temuduga, pasti anda ada buat pengingatan untuk ingatkan anda tentang masa temuduga itu. Semak alamat syarikat itu supaya dapat tahu jarak dari rumah anda dan masa yang diperlukan untuk anda sampai ke sana.

Jika ia berada pada awal pagi keesokan hari, pastikan anda tidur dengan awal dan bangun dengan awal dan bersemangat.

Makan makanan yang mencukupi.  Lepas tu bertolak dengan lebih awal supaya boleh sampai ke syarikat itu dalam masa yang lebih awal tanpa lewat untuk buat temuduga. Ini dapat memberi tanggapan yang baik kepada pensyarah syarikat itu.

Cara Isi Borang

Pada hari temuduga, semasa anda sampai di syarikat itu, biasanya anda akan pergi jumpa dengan penyambut tetamu dan mereka akan membawa anda masuk ke bilik temuduga. Borang akan diberikan dan anda perlu isi borang itu sebelum temuduga dimulakan.

Jadi anda perlu ingat untuk ambil pen bersama. Biasa kebanyakan maklumat yang perlu diisi dalam borang sudah anda tulis dalam resume. Jadi adalah baik anda ada cetak satu salinan resume untuk rujukan anda. Dengan itu anda cuma perlu isi dengan salin dari salinan resume ini dan anda dapat habis isi borang dengan cepat.

Bagi saya, saya akan pastikan smartphone saya ada pasan apiklasi kamus inggeris. Sebab jika borang yang perlu diisi adalah dalam bahasa inggeris, mungkin terdapat ayat-ayat atau perkataan yang anda tidak fahami.

Pada masa ini, bolehlah anda pakai aplikasi kamus itu untuk membuat terjemahan. Jika tiada kamus dan tidak faham apa yang dikatakan dalam borang itu, maka bolehlah jadi masalah sikit.

Cara Duduk Yang Betul

Sebaik sahaja anda duduk atas kerusi, anda perlu duduk dengan tegak. Mengekalkan posisi tubuh yang baik adalah penting.

Pastikan anda duduk tegak tanpa bengkok atau senget ke sebelah. Jika anda duduk dengan tegak, ini boleh memberikan kesan bahawa anda mempunyai keyakinan dan ia akan membuat anda rasa bersemangat.

Cara Pegang Fail

Sekiranya ada meja yang disediakan, boleh saja anda letakkan fail di atas meja dan jika pensyarah berminat dengan fail yang anda sediakan, beliau akan ambil dan buka untuk tengok.

Jika anda cuba ada kerusi saja, boleh anda letakkan fail atas kaki paha anda, dan tangga boleh letak di atas fail itu untuk mengelakkan ia jatuh ke lantai.

Bagaimana Menjawab Soalan?

Apabila satu temuduga dimulakan, biasanya pensyarah akan panggil anda untuk memperkenalkan diri. Mereka suka bermula dengan soalan ini sebab ia merupakan soalan yang paling senang untuk menyesuaikan kedua-dua pihak dalam komunikasi.

Siapakah anda?

Cara memperkenalkan diri yang baik adalah anda boleh cakap sedikit latar belakang tentang keluarga anda, minat & hobi, dan juga kelebihan dan kelemahan anda. Jika boleh hubungkan semua ni kepada jawatan yang anda mohon itu lebih baik lagi.

Elakkan cakap apa yang telah tulis dalam resume anda, sebab pensyarah sudah tahu. Cakap tentang sikit yang tidak ditulis dalam resume supaya pensyarah boleh tahu lebih tentang anda.

Kenapa anda rasa anda sesuai dengan jawatan ini?

Boleh anda katakan pengalaman yang anda ada yang berhubung dengan jawatan ini. Jika tidak, boleh juga anda berhubungkan dengan pelajaran anda denganya.

Kenapa anda datang ke sini hari ini?

Boleh cakap anda kagum dengan syarikat ini dan harap dapat peluang untuk kerja di sini. Juga anda boleh cakap syarikat ini dapat anda kerjakan apa yang telah anda pelajari semasa belajar

Ambil masa untuk bersediakan macam mana anda nak memperkenalkan diri sendiri. Jangan tak tahu apa nak cakap dan bisu saja. Jangan menjadikan pensyarah rasa bosan dengan jawapan anda.

Bercakap dan Berkomunikasi Semasa Temuduga

Anda perlu berkomunikasi dengan jelas dan bercakap dengan suara yang cukup kuat dan sopan. Jangan cakap terlalu lembut dengan suara yang terlalu kecil sampai cuma lalat yang dapat dengar apa yang anda cakap. Jangan juga anda cakap dengan suara yang terlalu kuat di mana orang di luar ingat anda bergaduh dan bukan datang interview.

Selain daripada cakap dengan suara yang jelas dan cukup kuat, anda juga perlu bersemangat dan penuh keyakinan apabila anda bercakap. Fikir terlebih dahulu di otak anda supaya apa yang anda cakap adalah logik dan lancar. Juga perlu anda jawap dengan tepat tanpa percakapan yang jauh dari topik yang boleh jadikan pensyarah hilang keyakinan atas percakapan anda.

Cara Jual Diri

Anda perlu pandai jual diri dalam satu temuduga supaya dapat meningkatkan peluang untuk anda dapatkan jawatan kerja ini. Antara yang paling penting adalah anda jual sendiri tetapi masih kekalkan rendah diri tanpa berkelakuan sombong. Apa yang anda boleh cakap adalah seperti:

Semasa saya belajar, saya sudah ada baca banyak buku-buku dan majalah mengenai produk syarikat ini dan saya mempunyai banyak maklumat dan pengetahuan tentang syarikat ini walaupun belum pernah saya ada pengalaman dalam bidang ini.

Atau

Pekerjaan sebelum ini sudah banyak saya berpengalaman situasi seperti apa yang dikehendaki oleh jawatan ini. Saya pernah bekerja sampai lewat malam buat beberapa hari berterusan untuk selesaikan satu masalah dari pelanggan yang penting dari majikan dulu saya. Akhirnya masalah dapat diselesaikan, pelanggan pun gembira dengan bantuan kami dan kekal jadi pelanggan yang setia sampai sekarang.

Dengan ini anda boleh jadi calon yang hebat di mata pensyarah.

 

Cara Menghilangkan Nervous atau Gemuruh Ketika Temuduga

1. Penyediaan yang mencukupi

Buat penyediaan tentang sejarah syarikat itu. Memahami latar belakang dan tanggungjawab yang diperlukan atas jawatan yang anda mohon itu. Jangka apa soalan yang akan ditanya dan sediakan jawapan untuk soalan itu.

Sediakan cara untuk meperkenalkan diri dan car untuk jual diri semasa temuduga. Anda boleh melatih percakapan di dalam rumah supaya dapat cakap dengan lancar. Dengan penyediaan yang mencukupi, gemuruh anda akan menjadi kurang.

2. Dengar Muzik

Boleh anda pakai alat dengar telinga untuk dengar muzik yang sentimental atau klasik muzik untuk tenangkan hati dan fikiran anda. Dengan cara ini, anda boleh jelaskan otak dan bina suasana yang aman. Ini dapat membantu anda untuk menyingkirkan pemikiran negatif.

3. Bawa sebotol air dan beberapa makanan ringan

Rasa dahaga boleh menjejaskan suara cakap anda dan ini boleh menjejaskan keyakinan. Anda juga ingin mengelakkan diri daripada kelaparan kerana anda ingin menjaga tahap tenaga anda. Jadi adalah baik untuk anda ambil bersama sebotol air dan makanan ringan seperti kacang dan buah di mana anda boleh makan bila rasa lapar.

4. Senyum Selalu

Selalu mempunyai senyuman pada muka bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan anda tetapi ia juga dapat mengurangkan tekanan orang di sekeliling anda. Senyum merupakan satu kelakuan yang boleh berjangkit. Jadi jika anda selalu bersenyum, suasana di sekeliling anda juga akan menjadi aman dan mesra dan nervous anda akan dihilangkan.

5. Elakkan bercakap dengan cepat

Nervous boleh membuat anda bercakap dengan terlalu cepat. Ini boleh jadi masalah dalam satu temuduga kerana anda boleh tersandung dengan kata-kata anda. Ini boleh mengakibatkan anda memberi jawapan yang bukan anda ingin bagi.

Jadi, jangan selalu tergesa-gesa untuk menjawab soalan. Berhenti sekejap selepas menjawab setiap soalan. Tarik nafas yang panjang, jawab secara perlahan dan ringkas supaya pensyarah dapat dengar dengan jelas dan memahami apa yang anda cakapkan.

Cara Bertanya Keputusan Temuduga

Sekiranya pensyarah memberikan anda tarikh di mana anda akan dihubungi sekiranya anda dapat jawatan itu, maka anda boleh tunggu samapi lepas tarikh itu jika tiada orang hubungi anda baru membuat susulan.

Selepas interview, boleh anda tulis satu email untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat itu kerana memberikan anda peluang untuk menghadiri temuduga. Dalam email itu boleh anda cakap betapa baik anda rasa dengan temuduga yang anda alami itu. Cuma ingat jangan tanya sama ada anda dapatkan jawatan itu atau tidak. Tujuan anda tulis email ini cuma untuk mengingatkan kewujudan anda di dalam minda mereka.

Sekiranya anda menghadiri dua temuduga dan syarikat pertama sudah nak upah anda, tetapi anda lebih suka dengan jawatan dari syarikat kedua, maka boleh anda email untuk buat pertanyaan seperti berikut:

Salam HR, saya XXX dan saya ada datang untuk temuduga di syarikat anda pada “tarikh”. Pada masa yang sama, saya ada buat temuduga dengan syarikat yang lain dan sekarang saya sudah dapat tawaran untuk jawatan yang saya mohon di syarikat itu.

Tetapi saya lebih berminat dengan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat anda. Boleh saya tahu sama ada saya dapat jawatan untuk kerja ini. Saya ingin tahu keputusan dari syarikat tuan supaya saya boleh membuat keputusan dengan cepat.

Cara Tolak Tawaran Temuduga

Sekiranya anda dapat tawaran dari kedua-dua syarikat yang anda pergi temuduga, maka anda perlu buat pilihan untuk jawatan yang anda lebih minat.

Lepas tu, anda pergi beritahu syarikat yang lain untuk tolak tawaran jawatan yang diberikan. Anda boleh mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana memberi anda peluang untuk jawatan ini.

Tetapi sekarang anda mempunyai peluang yang anda ingat lebih sesuai dengan pengalaman anda, jadi dengan susah hatinya anda perlu tolakkan tawaran yang diberikan oleh syarikat itu.


Dengan adanya tips dan panduan lengkap daripada pelbagai sumber dari senarai di atas ni adalah diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan panduan untuk melalui sesi temuduga.

Secara peribadi pula, pada saya sesi temuduga adalah satu proses kepada sesebuah organisasi untuk mengenali bakal pekerja yang paling sesuai dan benar-benar diperlukan dalam organisasi terlibat.

Salah satu dari panduan yang mungkin boleh digunapakai oleh calon temuduga adalah dengan meletakkan dirinya di tempat penemuduga itu sendiri, atau sebagai seorang wakil kepada organisasi terlibat.

Sebagai seorang penemuduga, apa yang beliau jangka atau harapkan dari calon yang datang di sesi tersebut. Pastinya jawapannya banyak dan pelbagai. Dengan cara itu secara sendirinya semua tips dan panduan temudga yang diperlukan akan dapat difahami oleh seseorang calon.

The post Senarai Panduan Dan Tips Temuduga appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Senarai Panduan Dan Tips Temuduga

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×