Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Niat dan Cara Mandi Wajib Untuk Lelaki dan Perempuan

Pernahkan anda lakukan Mandi wajib? Mandi tersebut juga dikenali sebagai mandi junub dan ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan dalam agama Islam. Ketahui niat dan cara Mandi Wajib adalah sangat penting terutamanya bagi mereka yang terkelur air mani, selepas haid/nifas, atau selepas bersetubuh. Sebab ibadat yang lain tidak akan jadi sah jika anda lakukan mandi wajib yang salah.

cara mandi wajib

Pakai Air Yang Betul

Tidak kira apa jenis air mandian yang anda gunakan sama ada air hujan, air paip, atau air pancut. Semua air ini boleh pakai. Cuma apa yang anda perlu pastikan adalah air tersebut merupakan air bersih dan mutlak. Mandian ini tidak semestinya perlu dibuat dalam masa yang panjang. Dengan mengikuti panduan yang diberikan di bawah tentang niat dan cara mandi wajib, maka mandian anda itu adalah sah walaupun anda mandi dengan cepat, ringkas, dan senang. Ia adalah mandian yang mudah asalkan ia sempurna dengan mengikut hukum syarak.

foto kredit: Majalah Cahaya JAKIM

Langkah-langkah yang betul adalah penting untuk diamalkan oleh semua orang. Ia tidak boleh dilakukan secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Ini tidak akan jadi mandian yang sah. Mandian yang betul perlu dilakukan dalam kedua-dua keadaan ini supaya seseorang dapat meratakan air mandi ke seluruh tubuh badannya.

Terdapat 3 rukun mandi wajib yang perlu anda tahu:

  1. Niat
  2. Menghilangkan najis pada badan
  3. Meratakan air ke seluruh anggota badan

Antara sebab mengapa kita perlu mandi wajib adalah:

  1. Pengeluaran air mani selepas bersetubuh
  2. Selepas haid/nifas
  3. Wiladah

Cara-cara dan Langkah-langkah

1. Niat pada masa air mandian alir sampai ke tubuh. Bacaan niatnya adalah seperti berikut:

Nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari fardhan lillahiI ta’ala
Maksudnya: “Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana Allah Ta’ala ”

2. Membaca “Bismillah”
Bacaan adalah seperti berikut:

3. Membersihkan semua najis dan kotoran yang ada pada tubuh badan terlebih dahulu.

4. Pakai air untuk mencuci tangan buat tiga kali.

5. Pakai air untuk mencuci kemaluan dengan gunakan tangan kiri.

6. Membersihkan tangan kiri dengan menggunakan sabun.

7. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan macam wuduk biasa yang dilakukan sebelum masa untuk melakukan solat. Jika tidak, anda juga boleh menangguhkan mencuci kaki selepas siap mandi. Membaca doa selepas wuduk:

8. Membasuhkan kepala dan mengusapkan rambut dengan air. Mengusap dengan meratakan kepala dan kemudian siram dengan air untuk 3 kali. Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, dia perlu lepaskan ikatan rambut di kepalanya supaya air dapat melalui setiap helaian rambut. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau menunaikan haji dan menghadapi kedatangan haid.

9. Selepas selesai mandian pada bahagian kepala, boleh mula lakukan di bahagian bada dari leher ke bawah. Perlu anda mula sunat menjirus bahagian kanan dulu, lepas tu baru diikuti di sebelah kiri.

10. Ketika mandi, tangan anda perlu menggosok-gosok seluruh tubuh badan dan yang penting bahagian-bahagian badan yang berlipat. Sebab takut air tidak sampai kalau tidak digosok.

11. Akhirnya, meratakan air pada keseluruhan anggota badan.

Anda boleh berwuduk sekiranya ingin menunaikan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat cuma pada niatnya sahaja. Selain daripada itu, cara-cara dan kaedah mandi sebenarnya adalah sama.

Penyentuhan bahagian kemaluan tidaklah jadikan mandi wajib itu tidak sah. Ia cuma akan membatalkan wudhuk. Ketika mandi, jika seseorang menyentuh tempat kemaluan dengan niat untuk meratakan air, dia tidak payah mengulangi wuduk sekali lagi selepas mandi sebab sentuhan tersebut merupakan sentuhan yang perlu dibuat supaya boleh mendapatkan mandi wajib yang sempurna.

Namun kalau sentuhan itu dilakukan baik selepas tempat kemaluan itu telah diratakan air atau mandi sudah diselesaikan, maka pada masa itu barulah seseorang itu wajib mengambil wudhuk satu kali lagi selepas mandi.

The post Niat dan Cara Mandi Wajib Untuk Lelaki dan Perempuan appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Niat dan Cara Mandi Wajib Untuk Lelaki dan Perempuan

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×