Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara Mengatasi Bibir Kering dan Pecah-Pecah

Salam all, jangan hairan kalau kebanyakan daripada artikel saya la ni lebih banyak berkisar kepada kehidupan dan petua bagai. Seriously saya dah tukar sikit blog ni kepada sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pembaca. Jadi saya sudah memutuskan untuk berhenti tulis entri yang bukan begitu bermanfaat kepada pembaca.

Dengan itu, hari ni saya akan berkongsi dengan kalian cara mengatasi Bibir kering dan pecah.

sumber foto: Feisbuuker

Tips Mengatasi Bibir Kering ni mudah saja dan ia sahkan tidak akan memeningkan kepala para pembaca. Apa yang paling penting adalah ianya tidak menggunakan bahan kimia segala.

Keberkesanannya Cara Bibir Kering Ini

Percaya pada saya, cara mengatasi Bibir Kering ini memang terbaik sesangat kerana ianya sudah dipraktikkan oleh adik saya yang mengalami masalah bibir kering dan pecah-pecah.

Okey, mari kita semak bersama-sama sekarang.

1. Minum air putih secukupnya.

Tahukah anda semua bahawa salah satu petanda yang menunjukkan seseorang tengah terdehidrasi adalah bibir yang kering dan merekah. Jadi nasihat saya, minumlah air yang secukupnya iaitu 8 gelas sehari untuk mengelakkan masalah bibir kering. Terutamanya ketika anda melakukan aktiviti lasak yang menuntut pengeluaran peluh berlebihan.

2. Jangan terlalu kerap membasahkan bibir dengan air ludah.

Salah satu faktor yang membuatkan bibir kering dan pecah-pecah adalah disebabkan oleh kebiasaan menjilat bibir dan membasahinya dengan saliva (air ludah). Saya akui perbuatan tersebut akan mengurangkan rasa pedih pada bibir yang kering, tapi sebenarnya ia cuma bersifat sementara! Malah kebiasaan ini akan hanya memburukkan keadaan. Alasannya mudah, air ludah sebenarnya mengandungi enzim pencernaan yang membuatkan bibir menjadi semakin kering. Jadi fikir-fikirkanlah, adakah anda cuma nak kelegaan sementara atau menambahkan masalah sedia ada.

3. Gunakan pelembab bibir.

Saya tahu terdapat banyak jenis lip salve di pasaran seperti lip ice atau balm bibir yang boleh mengatasi bibir kering. Tapi bukan benda alah tu yang saya nak sebut di sini. Sebaliknya penggunaan bahan alami seperti madu kelulut, minyak kelapa, merjerin dan minyak zaitun.

Caranya:

  • Mula-mula sapu bibir anda dengan madu/minyak kelapa/marjerin.
  • Selepas itu urut dengan lembut kawasan berkenaan selama 20-25 minit.
  • Akhir sekali basuh bibir dengan menggunakan air suam (terpulang sebenarnya, kalau anda malas nak basuh pun tak apa. Cuma saya risau mulut anda akan dihurung semut semasa sedang tidur nanti). Amalkan setiap hari sebelum masuk tidur. Insya Allah anda akan merasa perubahannya dalam 3 minggu.

Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai pengganti pelembab bibir.

4. Hindari sinaran matahari, sejuk yang ekstrem dan persekitaran yang tercemar secara berlebihan.

Sinar matahari bukan sahaja menyebabkan kulit anda bertambah gelap, malah ianya juga merupakan salah satu penyebab utama bibir menjadi kering dan rosak. Oleh itu, elakkan daripada terdedah terlalu lama pada pancaran matahari. Sekiranya perlu, guna pelembab bibir dengan pelindung UV.

5. Manjakan bibir dengan skrub alami.

Selain kulit wajah dan kulit tubuh, bibir juga sebenarnya boleh dimanjakan dengan belaian skrub bertujuan membuang sel kulit mati yang terkumpul di permukaan bibir.

Caranya:

  • Campurkan 1 /4 senduk teh gula pasir dengan setengah senduk teh minyak zaitun.
  • Adun campuran tersebut sehingga sebati, kemudian gosok perlahan pada bibir sehingga kulit mati pada bibir tertanggal (jangan risau, ianya tidak akan menimbulkan rasa pedih).
  • Ulangi proses menggosok sehingga kulit terasa lembut.
  • Selepas itu basuh bibir dengan air suam untuk membersihkan gula dan serpihan sel kulit mati yang tertanggal. Keringkan dengan tisu. Dan letakkan pelembab bibir secukup rasa. Lakukan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya nanti.

6. Mineral untuk bibir.

Siapa kata bibir tidak memerlukan nutrien? Hah… kalau kor nak tahu, bibir juga memerlukan khasiat daripada buah-buahan dan sayuran tau. So perbanyakkanlah sayur dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, C, B, E seperti jambu batu, mangga, epal, tomato, sayur kobis, timun dan lain-lain lagi dalam menu diet anda.

7. Gunakan kosmetik yang bersesuaian.

Gunakan gincu bibir yang mengandungi pelembab dan bahan antioksida seperti Vitamin A, C dan E. Anda juga digalakkan untuk menyapu Vaseline atau balm bibir sebelum bergincu untuk memelihara kelembutan dan kelembapan bibir. Sila hentikan penggunaan produk kecantikan sekiranya bibir anda menunjukkan tindakbalas terhadap produk seperti terasa gatal, panas dan kering.

Fuhhh… panjang lebar saya taipkan. Saya harap anda berpuas hati dengan hasilnya nanti. Oh ya, untuk kecantikan yang menyeluruh, apa kata anda baca sekali petua memutihkan ketiak ini.

The post Cara Mengatasi Bibir Kering dan Pecah-Pecah appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Cara Mengatasi Bibir Kering dan Pecah-Pecah

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×