Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cendol Bakar Bukan Dibakar

Balik dari Bukit Malawati kami singgah di Kampung Assam Jawa untuk menikmati Cendol yang sangat terkenal di daerah Kuala Selangor. Pada mulanya agak terkejut apabila pertama kali dengar nama tu, macam mana rupa Cendol Bakar® ni. Betulkah cendol boleh dibakar dan makan? Lepas tu baru tahu Cendol Bakar sebenarnya adalah nama asal tuan punya kedai yang bernama Bakar. Bukan seperti yang disangka, cendol perlu dibakar dulu lepas tu baru boleh minum.

kaunter cendol bakar

Pertama kali bila sampai ke kedai tu nampak meriah sangat tempat ni. Tak hairanlah terdapat ramai orang yang singgah di sini, macam pesta pulak rasanya. Kalau kedai ini bukan diperkenalkan oleh kawan saya, maka saya tak akan singgahlah kat sini. Ruang parking sudah penuh pada masa kami sampai dan hujan juga mula turun. Tapi semua tu tak jadi masalah, alang- alang dah sampai rugi kalau tak turun menikmati cendol yang menjadi sebutan ramai ni.

Kuala Selangor cendol bakar

Cendol di sini ada berbagai rasa yang boleh anda cuba. Ada 6 jenis perisa campuran yang membuatkan Cendol Bakar itu luar biasa dan lain dari cendol yang dijual di lain tempat. Di antara jenis cendol yang dijual adalah seperti berikut:

  • Cendol VIP – RM 2.00
  • Cendol VVIP – RM 2.50
  • Cendol Tapai – RM 3.00
  • Cendol Pulut Tapai – RM 3.50
  • Cendol Durian – RM 3.00
  • Cendol Durian Pulut – RM 3.50

Selain dari makan cendol yang disenarai di atas tu, ada juga gerai yang menjual makanan sampingan seperti, keropok lekor, kepak ayam, sata ikan, otak-otak, meehon sup dan lain-lain. Kalau anda ada singgah di sini, memang meriah dengan makan kesemuaan makanan yang terdapat di sini. Yang penting anda perlu siapkan duit yang mencukupi saja.

Sata Ikan

Servis Pandu Lalu Disediakan

Mungkin sebab tempat ni selalu penuh, maka wujudnya perkhidmatan pandu lalu yang turut disediakan untuk semua orang yang ingin bungkus cendol tu. Pesan dari dalam kereta, dengan pantas cendol yang dipesan siap dibungkus. Service Pandu Lalu tu memang banyak special, sebab saya belum pernah jumpa cendol tempat lain sediakan perkhidmatan macam ni…. senang untuk kita beli, tak payah nak cari parking lagi. Menarik jugak idea ni.

Kaunter Pandu Lalu

Lebih kurang setengah jam kami menikmati Cendol Bakar. Lepas tu balik ke Shah Alam, sebab ada kerja nak diselesaikan dengan rakan-rakan. Kepada sesiapa nak cari lokasi kedai ni, alamat dan gps ada disediakan di bawah.

* Nama Cendol Bakar telah didaftarkan sebagai harta intelek TM

*Cendol percuma untuk fakir miskin dan OKU

Alamat:
Cendol Bakar
Route 54 (just off Jalan Teluk Piah Kanan)
Kuala Selangor, Selangor
GPS: 3.30344, 101.29778

The post Cendol Bakar Bukan Dibakar appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Cendol Bakar Bukan Dibakar

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×