Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tema Air Bukit Gambang Waterpark Resort City

Saya masih mempunyai 3 tiket untuk ke Taman Tema Air di Bukit Gambang Resort City. Dua tiket untuk dewasa dan satu tiket untuk kanak-kanak. Tiket ini sebenarnya diperolehi semasa Majlis Ihtifal Tadika Kasih Sejati yang disertai oleh anak sulung saya Haris Iman pada bulan November tahun lepas.

Gambang Waterpark

Oleh kerana semasa hari Majlis Ihtifal itu terdapat kekangan dari segi masa,kami menangguhkan dulu niat untuk bermain di Taman Tema Air di situ. Masih ada masa kerana tiket ini sah sehingga 28 May 2018. Tiket ini kemudiannya disimpan di celah-celah buku di bahagian rak buku di rumah saya.

Saya teringat semula mengenai tiket ini setelah dihubungi oleh seorang blogger terkenal yang meminta saya untuk mendapatkan bilik di BGRC.

Setelah selesai bercakap melalui telefon dengan beliau, saya terus mencari semula tiket ini dan Alhamdulillah, ia masih tersimpan baik di dalam sampul surat, di celah buku.

Jadi, tanpa ingin membazirkan tiket yang percuma tu, kami telah membuat keputusan pergi bercuti di Gambang pada hujung minggu lalu.

Taman Tema Air Bukit Gambang Resort City beralamat di Jalan Bukit Gambang Utama, Bukit Gambang Resort City, 26300, Kuantan, Pahang. Di sini saya paparkan peta bagi memudahkan pengunjung yang berminat untuk berkunjung ke sini.

peta gambang

peta dalam waterpark

Gambang water park

Berikut adalah harga tiket masuk ke taman tema air. Dewasa RM23.90 manakala kanak-kanak yang melebihi ketinggian 90cm dan lebih 12 tahun dikenakan bayaran RM16.90 seorang.

Antara tempat menggelongsor yang disediakan. Jika pergi ke sana, mestilah anda perlu cuba, anda akan rasa memang seronok!

harga tiket

water slide

main di waterpark

Dalam taman air, saya tidak perlu risau untuk membawa beg semasa berseronok diri main di dalam air. Mereka mempunyai sistem e-nilai di mana semua urusniaga adalah secara automatik ditolak dari gelang tangan prabayar yang dipasang pada tangan apabila masuk ke dalam taman. Saya membuat bayaran untuk semua barangan di taman dengan menggunakan gelang prabayar saya dari cavana, sewa apungan dan loker, dan makanan dan minuman di kedai-kedai Food & Beverage di dalam taman itu.

Sebagai panduan, berikut adalah waktu operasi Taman Tema Air Bukit Gambang Resort City (BGRC).

Waktu Operasi

  • Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat (10.30 pagi – 6.30 petang)
  • Selasa (Tutup kecuali semasa cuti sekolah & Cuti Umum)
  • Sabtu & Ahad (9.30 pagi – 6.30 petang)
  • Cuti Sekolah & Umum (9.30 pagi – 6.30 petang)

Ini pula adalah senarai nombor dan pautan untuk dihubungi.

  • Website : www.bgrc.com.my
  • Tel : 095488000
  • HOTLINE : 01112828832
  • Inquiry : 095488000 ext. 8400
  • Email : [email protected]

Buat masa kini, semakin ramai orang yang pilih BGRC sebagai destinasi percutian untuk menikmati saat yang riang rendah dengan kawan-kawan dan ahli keluarga mereka. Terutamanya pada musim cuaca yang panas dan hujan yang sikit turun, lebih ramai orang ingin pergi ke Gambang Water Park ni untuk menyejukkan diri.

Jika pergi ke sana dari tempat yang jauh, adalah baik untuk anda duduk hotel atau sewa homestay dan bermalam di sana. Terdapat banyak homestay dan hotel di kawasan perumahan sana. Boleh sekeluarga menginap dalam homestay yang ada cuma menawar dengan harga RM200 semalam.

The post Tema Air Bukit Gambang Waterpark Resort City appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Tema Air Bukit Gambang Waterpark Resort City

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×