Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mengenai Kitaran Haid dan Cara Pengiraannya

Apa itu datang haid?

Haid merupakan pengeluaran serpihan lapisan rahim perempuan yang hancur pada setiap bulan; biasanya ia berlanjutan selama 3 hingga 5 hari dan disertai dengan darah dan tisu yang terkeluar dari tubuh melalui serviks dan faraj – hari pertama pelepasan ini adalah hari pertama Haid anda.

Kitaran Haid

Apabila haid sering tiba pada masa yang tertentu, ia dipanggil Kitaran Haid. Kitaran haid yang tetap adalah pertunjuk bahawa bahagian-bahagian penting dalam tubuh badan anda masih berfungsi dengan normal. Kitaran haid menyediakan bahan kimia badan yang penting, yang dipanggil hormon, untuk mengekalkan kesihatan anda.

datang haid

Ia juga menyediakan badan anda untuk penghamilan setiap bulan. Satu kitaran dikira dari hari pertama datang bulan sehingga hari pertama datang bulan yang seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Julat kitaran boleh di antara 21 hingga 35 hari bagi golongan dewasa dan 21 hingga 45 hari bagi golongan remaja muda.

Kenaikan dan penurunan paras hormon pada sesuatu bulan mengawal kitaran haid pada bulan berkenaan.

Penerangan ringkas tentang kitaran haid

Apabila badan anda mencapai akil baligh, sesuatu akan mula berubah. Tetapi masa sebenar akil baligh bermula berbeza dari insan ke insan. Ia boleh bermula awal pada umur 10 tahun atau lewat pada umur 16 tahun – semua ini adalah normal. Semasa baligh, badan anda akan mula menghasilkan set hormon baru. Hormon-hormon ini akan menghantar isyarat kepada badan anda, dan sebahagian daripadanya akan memberitahu badan anda supaya mula bersedia untuk kehamilan setiap bulan.

Tempoh haid

Tempoh kitaran haid boleh berbeza dari 23 hingga 35 hari. Semua badan adalah berbeza, begitu juga dengan tempoh kitaran haid anda yang mungkin lebih pendek atau lebih panjang, dan bukan semua kitaran haid tiba pada masa yang tetap.

kitaran haid

Apa yang berlaku semasa kitaran haid?

Fasa pertama: Peringkat haid
Ini adalah apa yang terjadi dalam badan anda: hari pertama anda datang bulan bererti kitaran haid anda sudah bermula. Anda mungkin mengalami kekejangan haid pada hari pertama anda datang bulan, ini adalah kerana lapisan dalaman rahim anda sedang gugur dan tumpah. Anda mula datang bulan selepas ini.

Fasa kedua: Persediaan untuk ovulasi (peringkat folikel)
Ini adalah apa yang terjadi dalam badan anda: Selepas hari terakhir haid anda, badan anda mula bersedia untuk ovulasi. Sjenis hormon yang digelar hormon perangsang folikel akan merangsang ovari anda untuk menghasillan telur yang matang. Proses permatangan ini menghasilkan estrogen, yang menebalkan lapisan dalaman rahim anda dengan nutrien dan darah, supaya ia dapat mengekalkan telur dengan sokongan yang diperlukan sekiranya kehamilan berlaku.

Fasa ketiga: Ovulasi
Ini adalah apa yang terjadi dalam badan anda: Semasa ovulasi, telur-telur yang telah matang akan dibebaskan ke rahim melalui tiub falopio. Telur-telur ini boleh bertahan selama 12-24 jam. Persenyawaan akan berlaku jika ia dapat bercantum dengan sperma pada waktu ini. Harus diingati bahawa peluang untuk anda hamil adalah sangat tinggi pada hari-hari tersebut (jangan lupa ambil langkah pencegahan hamil).

Fasa keempat: Fasa luteal – penghujung kitaran haid
Ini adalah apa yang terjadi dalam badan anda: Sesampainya telur ke rahim melalui tiub falopio, badan anda akan mula mengeluarkan horman baru yang dipanggil progesteron. Hormon ini akan memastikan rahim anda terus membina lapisan dalaman rahim.

Kitaran haid yang tidak tetap

Kitaran haid yang tidak tetap bermakna perubahan dalam bilangan hari pada haid anda atau haid anda tiba lebih awal, lewat atau tidak datang dalam masa beberapa bulan.
Berikut adalah 4 sebab paling biasa yang menyebabkan kitaran haid tidak tetap sama ada awal atau lewat kedatangan haid:

  • Rawatan perubatan
  • Tekanan dan kerisauan
  • Baligh atau putus haid
  • Kawalan kelahiran hormon seperti pil pencegah hamil atau kontraseptif kecemasan

Haid yang tidak tetap – Apakah maksudnya?

Biasanya haid yang tiba awal atau tidak tetap tidak membawa apa-apa yang teruk. Tetapi, kalau anda menyedari perubahan yang mendadak dalam kitaran haid anda, ia mungkin adalah tanda bagi isu kesihatan yang lain seperti:

  • Gangguan tiroid (tiroid yang terlalu atau kurang aktif boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang boleh menyekat ovulasi anda)
  • Kencing manis
  • Penyakit kelamin
  • Kehamilan (kadang-kadang, datang bulan yang tidak menentu adalah tanda kehamilan. Dapatkan nasihat selanjutnya dari doktor jika anda berasa anda mungkin mengandung)
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS). PCOS melibatkan 5-10% wanita, akan tetapi kurang daripada 50% yang dapat dikenal pasti dan dirawat. Ini adalah sebabnya betapa pentingnya penjumpaan dengan doktor kalau anda mengesyaki bahawa kitaran haid anda yang tidak menentu ada perkaitan dengan isu yang lain)

Sebab-sebab yang mungkin menyebabkan kelewatan haid

Sesetengah wanita berasa bimbang apabila mereka mengalami haid lewat seperti 5 hari dan berpendapat bahawa mereka mungkin sudah mengandung. Tetapi, kadang-kala ini bukan sebenarnya apa yang terjadi. Terdapat beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan haid lewat. Ini termasuk:

  • Tekanan, perjalanan dan gaya hidup yang sangat sibuk boleh membebaskan hormon tekanan, yang boleh mengganggu pengeluaran estrogen dan menyebabkan haid lewat atau tidak datang.
  • Diet dan pengambilan makanan secara tidak sihat boleh memberi kesan kepada badan dan aliran haid anda. Begitu juga dengan peningkatan atau kehilangan berat badan secara tiba-tiba, dan kekurangan zat makanan, boleh menyebabkan haid yang tidak menentu.
  • Rawatan perubatan dan kontrasepsi; kaedah kawalan kelahiran hormon seperti pil atau suntikan boleh menpengaruhi haid anda.
  • Baligh, haid pertama (menarke) dan putus haid (menopaus), adalah fasa-fasa dalam kehidupan anda di mana perubahan tinggi dalam kenaikan dan penurunan hormon adalah normal.
  • Senaman yang keterlaluan boleh menyebabkan haid tertunda atau tidak datang langsung.

Sesetengah orang keliru sama ada mereka akan mengandung semasa tempoh haid mereka. Ini tidak mungkin terjadi kerana bulan anda tidak akan datang semasa mengandung, dan haid hanya berlaku ketika anda tidak mengandung.

Cara pengiraan kitaran haid

Kitaran anda bermula pada hari pertama anda berdarah secara biasa dan tetap. Kesan darah yang sedikit tidak diambil kira. Sebagai contoh, kitaran hari 1 adalah hari pertama haid anda, kitaran hari 2 adalah hari kedua haid anda, kitaran hari 3 adalah hari ketiga haid anda, sedemikian untuk hari yang seterusnya.

Bagaimana untuk mengira kitaran haid secara manual

  1. Dapatkan satu kalender, sama ada kalender kertas atau kalender yang terdapat dalam komputer, telepon atau tablet.
  2. Tandakan hari pertama haid anda yang baru lepas dengan “X”. Ini adalah hari #1.
  3. Kira ke depan dengan jumlah hari kitaran haid umum anda sebelum kitaran anda yang seterusnya bermula. Kira dengan 28 hari jika anda tidak tahu.
  4. Letakkan singkatan tandatangan anda atau tanda lain yang boleh dikecam pada hari terakhir yang dapat dihitung daripada kiraan tersebut. Ini adalah hari di mana haid anda yang akan datang bermula.

Jika anda tidak ingin buat kiraan secara manual, sekarang terdapat aplikasi smartphone yang boleh anda muat turun dan pakai juga. Boleh muat turun Period Calendar Ovulation Tracker di sini.

The post Mengenai Kitaran Haid dan Cara Pengiraannya appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Mengenai Kitaran Haid dan Cara Pengiraannya

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×