Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Toyota Roadshow – Keinginan dibawa kepada anda

Baru-baru ini, Toyota sedang mengadakan roadshow mereka di 1 Utama Shopping Centre yang terletak di Petaling Jaya, Malaysia.

kereta roadshow toyota

Pameran ini disertai oleh Venice Min dan Janna Nick. Dengan kecantikan kedua-dua gadis tu, ia telah berjaya membuat penampilan khas bersama kereta perlumbaan Vios Challenge mereka, dan bersenang-senang dengan para peminat dari dekat dan jauh dengan berkongsi riang gembira bersama-sama!

Jika anda berminat dengan pameran kereta Toyota ini, boleh anda pergi sertai mereka sehingga 10 September untuk pratonton kereta istimewa yang termasuk Toyota C-HR, Vios Sports Edition, dan banyak lagi! Anda mungkin akan dapat menerima freebie dan perburuan harta karun yang diberikan oleh pasukan Toyota yang berlaku sepanjang hari!

Selalu Menunjukkan Kehebatan Yang Canggih

Keinginan dibawakan kepada anda, itu lah terjemah terus dari tag promosi Toyota yang bersambungan iaitu “Desire is coming to you”. Selepas melancarkan facelift model Vios beberapa tahun dahulu, dilihat tidak mahu ketinggalan gelombang pelancaran product dalam industry automotive, Toyota mengambil langkah membawa bilik pameran kepada pengguna dengan Toyota Roadshow. Ini adalah reach out strategi atau strategi capaian keluar yang biasa diguna pakai oleh penjual kereta apabila bilik pameran sudah kekurangan pengunjung.

Kebiasaannya apabila sesuatu model baru dilancarkan, pelanggan akan berduyun-duyun datang ke bilik pameran untuk melihat secara dekat dan meyentuh kereta tersebut serta memandu uji sebelum membuat pertimbangan besar keatas belian kereta tersebut, seperti mana yang berlaku selepas pelancaran Myvi baru 2011 beberapa minggu lepas. Ini adalah antara sebab kenapa belian secara terus melalui internet masih belum dapat direalisasikan, melainkan setakat mendorong bakal pembeli menyelidik pilihan yang ada sahaja.

Namun begitu strategi membawa bilik pameran kepada pengguna atau roadshow ini tak kurang hebatnya dalam penjualan kereta, terutama yang koordinasikan oleh pemegang franchise Toyota. Oleh kerana aktiviti sebegini yang biasa mengambil tempat di kompleks niaga, hypermarket, pusat kunjungan awam dapat memudahkan pembeli melaksanakan keperluan mereka sambil membuat pilihan tawaran jualan kereta yang didatangkan semasa seasuatu pameran.

Menawarkan model Vios G Limited dan Vios TRD Sportivo yang mendapat sedikit ubahsuai kosmetik sebagai tawaran utama, model-model Toyota yang lain turut dipamerkan semasa pameran itu nanti. Toyota Roadshow yang dirancang oleh perancang roadshow yang berpengalaman yang baru bermula ini telah terima sambutan yang hebat daripada semua peminat kereta jenama ini. Boleh jangka Toyota akan menganjurkan lebih banyak pameran seperti ini pada masa yang akan datang.

Anda yang bercadang menukar kereta baru jangan lepaskan peluang tawaran yang didatangkan pada Toyota Roadshow ini.

Pertimbangkan Penukaran Karpet Kereta Yang Berkualiti

Bagi kereta ini, pendalaman kereta amatlah penting untuk mempersembahkan keperibadian seseorang. Jadi, jika anda seorang penyayang kereta, namun anda perlu berlakukan sedikit hiasan untuk kereta anda. Satu aksesori kereta yang penting merupakan lantai kereta.

Sekarang banyak kereta yang pasang dengan karpet coil mat yang sedia ada apabila membeli kereta. Tetapi coilmat itu senang jadi kotor dan susah untuk dibersihkan. Jadi, boleh anda mempertimbangkan untuk membeli karpet lantai kereta ajaib Ottoman yang bukan saja senang cuci dan bersihkan, tambahan pula ia juga diperbuat daripada PU foam yang mesra dengan alam sekitar.

The post Toyota Roadshow – Keinginan dibawa kepada anda appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Toyota Roadshow – Keinginan dibawa kepada anda

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×