Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kejayaan Kita adalah TANGGUNGJAWAB Kita SENDIRI

Saya kerap kali membaca keluhan ini di Internet: “Otai (orang lama) hanya membantu sesama Mereka sahaja. Orang baru diabaikan.”

Ia membuatkan saya terpanggil untuk menulis sedikit coretan ini.

Kejayaan kita adalah TANGGUNGJAWAB kita SENDIRI

Kenyataan yang mengatakan ‘orang lama’ yang berjaya tidak membantu usahawan-usahawan baru Adalah tuduhan yang tiada bukti. Jika ada, kesnya boleh dibilang dengan jari. Biar saya katakan, “begitu ramai orang lama bersedia untuk membantu kita jika kita besedia untuk dibantu.” BERSEDIA dari aspek mental, kesabaran, ilmu dan kesungguhan.

success man

Kata seorang “mentor” saya, kita hendaklah bertanggungjawab pada diri sendiri. Elakkan menuding jari kepada Orang Lain walaupun mereka yang silap. Kita mahu sesuatu, USAHA. Jika gagal, teruskan berikhtiar mencari jalan lain. Kita sentiasa ada PILIHAN.

Saya masih ingat pada 10 tahun yang lepas, sewaktu saya masih “zero” ilmu membina website. Saya meminta seorang rakan yang pandai membuat laman web untuk mengajar saya, namun beliau menolak tidak mahu. Bermula daripada hari itu, saya tekad untuk berikhtiar sendiri dengan merujuk panduan di Internet, membeli buku dan meminjam buku-buku di perpustakaan.

Tidak cukup dengan itu, saya menyertai kursus membina laman web dan membeli pula panduan yang mereka tawarkan. Akhirnya, saya sedikit demi sedikit boleh membina laman web sendiri. Saya gunakan cara yang sama untuk ilmu dan kemahiran yang lain, iaitu memikulkan tanggungjawab pada diri sendiri kerana saya sudah ‘berputus asa’ untuk meraih simpati orang lain.

Mencari penyelesaian adalah lebih baik daripada menuding jari dan mengungkit-ngungkit salah orang lain. Ia hanya membazir masa sahaja dan akhirnya kita akan terperosok sama dalam kancah kerugian. Kita tidak akan mendapat apa-apa melainkan menambah potensi untuk sakit jantung kerana marah-marah.

Mendapatkan bantuan orang lain juga ada seninya

Setiap sesuatu ada nilai ‘bayarannya’, sama ada tenaga, masa dan wang ringgit. Kejayaan tidak mudah datang begitu sahaja. Kejayaan orang-orang lama kerana mereka telah berusaha bukan setahun dua, tetapi telah melalui jatuh bangun berkali-kali banyaknya. Maka jika mahu berjaya seperti mereka, kita juga perlu bersiap sedia melalui seperti mereka.

Jika kita mengatakan mereka tidak membantu kita, mengapa jadi begitu? Kerana salah satu sebabnya adalah kerana mereka ‘dipaksa’ memberi bantuan dengan segera dan cepat, umpama memesan ‘burger special daging double’. Sepatutnya, mulakan dahulu hubungan yang baik sesama mereka.

Sokong usaha mereka dan TIDAK BOLEH sama sekali mengkritik mereka, walaupun hanya sekali (ini pantang paling utama!). Luka boleh sembuh, tetapi parut tetap berbekas. Mereka boleh memaafkan, tetapi sebagai manusia biasa, mereka tetap mengingati kritikan pedas kita itu. Jika mereka terbuat kesilapan, BANTU mereka, berikan cadangan atau hulurkan tangan membantu. BUKAN MENGKRITIK.

Belajar daripada mereka dan catat perkongsian ilmu mereka. Kenalkan diri kita apabila sudah tiba masanya. Perkenalkan mereka kepada kawan-kawan kita dan saudara mara kita yang dirasakan bermanfaat untuk menimba ilmu ataupun produk mereka. Beli produk-produk mereka dan sertai seminar ataupun bengkel yang mereka anjurkan. Itu adalah beberapa cara untuk membina hubungan baik yang berkekalan.

Semua ini adalah bertahap dan memerlukan komitmen. Menjadi usahawan memerlukan komitmen yang besar, bukan sedikit atau suam-suam kuku. Umpama menaiki tangga, kita tidak akan sampai terus ke tingkat teratas, sebaliknya perlu menaiki anak tangga demi anak tangga.

IKHLAS adalah kata kunci utama di sini. Tanpa keikhlasan, maka itulah punca utama mengapa kebanyakan usaha kita gagal dan membuatkan hati kita kalut.

The post Kejayaan Kita adalah TANGGUNGJAWAB Kita SENDIRI appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Kejayaan Kita adalah TANGGUNGJAWAB Kita SENDIRI

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×