Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Petua hilangkan perut boroi buncit atau fat belly

Assalamualaikum. Perut boroi Buncit Atau Fat belly? Susah nak kempiskan perut bila perut semakin besar memboroi. Kes begini berlaku pada mereka yang tidak mengawal pemakanan dan kurang bersenam. Terlalu banyak minum alkohol juga boleh menjadi punca perut boroi. Terlalu makan makanan berlemak juga punca datangnya lemak dan berkumpul pada bahagian perut peha pinggul dan sebagainya. Selepas bersalin dan berpantang tidak dijaga juga boleh menyebabkan perut menggelember dan berlemak. Sudah cuba pembagai suppliment atau jamu namun perut kempis sekejap saja. Nak bersenam malas. Jom cuba bahan2 yang ada didapur ni.

Tips hilangkan perut boroi buncit atau fat belly. Hanya dengan menggunakan bahan2 yang ada didapur sahaja, insyaAllah mampu membantu. Jangan biarkan perut boroi dan buncit mengganggu kecantikan dan ketampanan anda. Mari kita lakukan. Jom cari bahan2 ni di dapur. Jika tiada pergi beli. Nak seribu daya. Tak nak sejuta kau bagi alasan. hahahaha....



Bahan2 resipi kurangkan perut boroi buncit atau fat belly

  • Bawang putih
  • Madu atau Honey
  • Lemon
  • Air suam
Bawang putih - Seulas bawang putih mengandungi Vitamin A + B dan C, kalsium + Anti Oksida + Potasium + Antimikroba + Antitrombotik + Antiarthitis + Antivitas sebagai Antitumor. Baunya sangat kuat dikunyah mentah2 tetapi rasanya berlemak dan sedikit pahit jika dibakar. Banyak kebaikan memakan bawang putih ini. Salah satunya mampu merawat gastrik.

Madu atau Honey - Sumber semula jadi yang besar karbohidrat yang memberikan kekuatan dan tenaga kepada badan. Madu dikenali dengan keberkesanannya  dengan pantas meningkatkan prestasi + daya tahan + mengurangkan keletihan otot yang tegang. Kandungan gula semula jadi memainkan peranan yang penting dalam mencegah keletihan semasa latihan. Glukosa dalam madu diserap oleh badan dengan cepat dan memberikan rangsangan tenaga dengan segera. Sementara fruktosa diserap dengan perlahan menyediakan tenaga yang berterusan.

Lemon - Mengandungi Vitamin A + B6 + C + E + fFlat + Thiamin niacin + Riboflavin + Asid Pantothenic + Tembaga + Kalsium + Besi + Magnesium + Kalium + Zink + Fosforus dan Protein . Lemon adalah buah yang mengandungi flavonoid, ciri2 antioksidan yang melawan kanser.


Air suam - Bagus untuk kulit + kesihatan + kecantikan dan menguruskan badan


Cara2 membuat jus penawar perut boroi buncit atau fat belly



  • Basuh bawang putih dan keringkan dengan tisu dapur atau sebagainya. Masukkan bawang putih kedalam madu dengan kulit sekali. Tidak perlu dikupas. Perap selama dua atau tiga hari.
  • Sudah 3 hari perapan bawang putih dan madu. Ambil dua sudu kecil dibancuh dengan secawan air suam. Perah sedikit lemon atau setengah biji.
  • Minum setiap malam sebelum masuk tidur. Pastikan guna sudu plastik.
Proses khasiat madu lemon air suam dan bawang putih berjalan dan bekerja semasa badan sedang berehat. Amalkan setiap malam dan boleh juga diamalkan bersama setiap pagi. Lebih cepat membantu.



Sedap diamalkan dan keesokkan pagi memang terasa ingin membuang air kecil atau besar. Ikut pada hormon dan badan memasing. Ada yang cepat nampak perbezaan dan ada yang sedikit memakan masa. Tidak mengapa. Amalan ini memang sangat sihat. Kita amalkan minum teh lemon madu suam ni setiap hari lebih baik dari kita amalkan minum benda yang manis dan berlemak selalukan. 

Minuman kesihatan yang baik bagus diamalkan. Tak perlu kita buat tak tau jerkan. Lagi2 bila usia semakin meningkat. Pemakanan kena jaga. Suppliment perlu diambil. Ambil buah2 dan sayur2an yang berkhasiat, bersenam dan banyak lagi.

Jadi mulai dari sekarang kena amalkan pemakanan yang berkhasiat dan jaga kesihatan dengan baik ya. 

Nota
Minum air suam atau air masak 9 gelas sehari mampu memberikan kulit lebih cantik dan kesihatan lebih baik. Ia juga mampu menjaga bentuk badan lebih cantik menawan. Jadi amalkan minum air masak mineral atau apa saja air putih terutama air suam.
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber


This post first appeared on Buddy-On9, please read the originial post: here

Share the post

Petua hilangkan perut boroi buncit atau fat belly

×

Subscribe to Buddy-on9

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×