Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Anggaran Tarikh Rasmi Malam Lailatul Qadar 2016 1437H Di Malaysia

Tarikh rasmi bila Malam Lailatul Qadar 2016 bersamaan 1437H di Malaysia. Malam Lailatul Qadar, keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Qur-an Al Karim, yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkat ke derajat yang mulia dan abadi. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menacapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini, akan tetapi mereka berlomba-lomba untuk bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.


Untun info, malam Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu malam. Malam Lailatur Qadar hanya boleh ditemui pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yakni malam yang bertarikh ganjil berdasarkan takwim Islam. Pada tahun 2016, 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan adalah antara 24 Jun 2016 sehingga 5 Julai 2016 . Tarikh malam lailatul qadar sengaja disembunyikan oleh ALLAH agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya.

Tarikh Rasmi Malam Lailatul Qadar 2016 Di Malaysia
  • Salah satu malam ganjil dari 24 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016
Rasullulah SAW Bersabda ” Carilah ia (Malam Al Qadar0 di Sepuluh Malam Terakhir dari Bulan Ramadhan” Riwarat Bukhari Dan Muslim.
Yakinlah jika seorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, maka dia pasti memperoleh fadilat atau keberkatan malam Lailatulqadar.

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar
Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  •     Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
  •     Habiskan malam beramal ibadat di masjid (beriktikaf).
  •     Solat Qiamulail sebanyak mungkin.
  •     Solat Tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
  •     Bermula 12 malam, Solat Tahajud 8 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat.
Kelebihan Malam Lailatul Qadar
  • Waktu diturunkan Al-Quran
  • Malam lebih baik daripada 1000 bulan
  • Malam penuh keberkatan
  • Dosa diampunkan
  • Turunnya Jibril dan Para Malaikat
Tanda Malam Lailatul Qadar
  • Pada salah satu 10 malam terakhir bulan Ramadhan
  • Pada tarikh genap atau ganjil pada bulan Ramadhan
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
  • Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Tiada kedengaran suara salakan anjing.
  • Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
  • Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.



This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

Anggaran Tarikh Rasmi Malam Lailatul Qadar 2016 1437H Di Malaysia

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×