Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Baitulmaqdis tetap kekal milik Palestin

KAHERAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menganggap keputusan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel adalah 'jenayah terburuk' dan melanggar undang-undang antarabangsa.
"Baitulmaqdis adalah Ibu Negara Palestin dan ia akan sentiasa kekal dengan kedudukan itu," kata Mahmoud pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki, hari ini.
Katanya, tindakan AS menyerahkan Baitulmaqdis kepada Israel seolah-olah ia adalah sebahagian daripada negara itu.
"Tindakan itu melanggar segala batasan yang ditetapkan," katanya.
Justeru, Mahmoud berkata, AS tidak lagi layak campur tangan dalam proses damai di Asia Barat, kerana tindakannya itu membuktikan mereka mengamalkan sikap memihak kepada Israel.
Sementara itu, di Istanbul, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa dunia mengiktiraf timur Baitulmaqdis Sebagai Ibu negara Palestin.
Katanya, ini sebagai tindak balas terhadap tindakan Trump yang mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel.
"Saya menggesa semua negara yang menghargai undang-undang antarabangsa dan prinsip keadilan supaya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin," katanya pada Sidang Kemuncak OIC di sini.
Malah, beliau meminta semua negara Islam supaya 'tidak berputus asa' sehingga tuntutan itu mencapai matlamatnya.
Presiden Iran, Hassan Rouhani dalam mesej di Twitter menganggap tindakan Trump itu sebagai tidak menghormati hak sah rakyat dan negara Palestin.
Hassan berkata, ia juga menunjukkan Washington hanya mengutamakan kepentingan Zionis dalam proses damai Asia Barat.
Pada masa sama, Raja Abdullah dari Jordan menolak segala usaha bagi mengubah status Baitulmaqdis, termasuk sebagai kota suci umat Islam.
"Segala insiden keganasan adalah berpunca daripada kegagalan untuk mencari jalan damai kepada isu Palestin," katanya. AFP/Reuters
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber


This post first appeared on Buddy-On9, please read the originial post: here

Share the post

Baitulmaqdis tetap kekal milik Palestin

×

Subscribe to Buddy-on9

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×